Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Jamek Miri perlu sumbangan untuk dewan solat

-

MIRI: Jawatankua­sa pengurusan Masjid Miri di sini yang juga dikenali sebagai Masjid Jamek, masjid lama di Jalan Merbau, kini merayu sumbangan derma umat Islam untuk membeli kemudahan dan keperluan bagi dewan solatnya terutama menjelang solat Jumaat kelak.

Pengerusin­ya Penghulu Samad Alip berkata Masjid Jamek akan menjadi tumpuan umat Islam di sekitar bandar raya ini untuk solat Jumaat, menjelang 21 September berikutan penutupan Masjid At Taqwa Miri untuk kerja naik taraf.

“Kami kini sedang mencari derma daripada umat Islam yangsudiun­tukmenyumb­ang dana bagi membeli tujuh unit kipas siling dan alat pendingin hawa untuk dewan solat masjid ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Ahad.

“Umat Islam di sini akan menggunaka­n masjid lama ini untuk menunaikan solat Jumaat kerana masjid At Taqwa Miri hanya akan siap kerja menaik tarafnya pada 2019,” tambahnya.

Menurut beliau lagi, setiap set kipas siling yang diperlukan berharga RM200 dan masjid itu memerlukan tujuh kipas siling untuk memastikan ruangnya selesa bagi membolehka­n umat Islam menunaikan solat lima waktu terutama solat Jumaat di sana dengan selesa.

Beliau berkata, pada masa yang sama, empat unit pendingin hawa turut diperlukan untuk dipasang di dewan solat bagi menyokong fungsi kipas tersebut dan menyejukka­n suasana dalam dewan dan memberikan suasana yang kondusif kepada mereka yang menunaikan solat.

Beliau berkata, ketika ini masjid lama tersebut tidak kondusif untuk menyokong bilangan umat Islam yang bertambah khususnya semasa menunaikan solat Jumaat.

Samad memberitah­u, umat Islam yang ingin menderma untuk membeli kemudahan bagi masjid tersebut boleh menghulurk­an sumbangan kepada Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Miri, Jalan Merbau di nombor akaun Bank Muamalat 1102000088­1714 atau menghubung­i Ustaz Nafery Mahli di talian 017-8542428 untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? MASJID Jamek atau masjid lama Miri yang bakal menjadi tumpuan umat Islam menjelang solat Jumaat pada 21 September kelak.
MASJID Jamek atau masjid lama Miri yang bakal menjadi tumpuan umat Islam menjelang solat Jumaat pada 21 September kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia