Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan lulus RM1 juta untuk program pembersiha­n Sungai Miri

-

MIRI: Kerajaan meluluskan peruntukan RM1 juta untuk Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bagi melaksanak­an program pembersiha­n Sungai Miri, tahun depan.

Kontroler LSS Richard Tajan berkata, program itu merupakan salah satu usaha kerajaan menjadikan Sungai Miri bersih, sesuai dengan statusnya sebagai Bandar Raya Pelanconga­n.

“Sebelum ini kita menerima RM2 juta peruntukan daripada kerajaan untuk melaksanak­an program kebersihan sungai di seluruh Sarawak.

“Bagi tahun depan, RM1 juta diperuntuk­kan kepada Sungai Miri,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kebersihan Sungai Miri 2018 sempena Ulang Tahun Ke-25 LSS di Pasar Nelayan Kampung Piasau Utara Miri, baru-baru ini.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri.

Richard menambah, program itu serupa dilaksanak­an LSS untuk Sungai Sarawak di Kuching beberapa tahun lalu.

Katanya, ia mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk meningkatk­an tahap kebersihan Sungai Sarawak dan terus dilaksanak­an sehingga kini bagi memastikan Kuching mempunyai tebingan yang bersih dan cantik.

“Program pembersiha­n Sungai Miri melibatkan pengumpula­n sampah-sarap secara manual menggunaka­n perahu dan perangkap sampah yang dipasang di beberapa lokasi strategik sepanjang sungai termasuk di bawah jambatan.

“Tender bagi melaksanak­an kerja pembersiha­n ini akan dibuka penghujung tahun ini dan kerja akan dimulakan awal tahun 2019,” katanya.

Dalam pada itu, LSS akan terus melaksanak­an program meningkatk­an kesedaran kebersihan dan keselamata­n sungai.

Terdahulu, Pengerusi LSS Dr Murni Suhaili dalam ucapan perasmian menyeru semua pihak terus bekerjasam­a dengan LSS dalam menjaga, memelihara dan memulihara sungai demi warisan masa depan.

 ??  ?? DARI kiri, Abdullah, Murni, Richard (dua kanan) dan Leonard memakaikan jaket keselamata­n kepada seorang nelayan sempena Program Kebersihan Sungai Miri 2018 di Pasar Nelayan Kampung Piasau Utara Miri.
DARI kiri, Abdullah, Murni, Richard (dua kanan) dan Leonard memakaikan jaket keselamata­n kepada seorang nelayan sempena Program Kebersihan Sungai Miri 2018 di Pasar Nelayan Kampung Piasau Utara Miri.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia