Utusan Borneo (Sabah)

Wang tunai masih lagi raja untuk AsiaPasifi­k

-

KUALA LUMPUR: Masih terlalu banyak perlu dilakukan sebelum Asia-Pasifik menjadi rantau tanpa wang tunai, walaupun ia menerajui usaha dalam inovasi dan penggunaan saluran baharu untuk membayar barangan dan perkhidmat­an secara digital.

HSBC Malaysia (HSBC) berkata, wang tunai masih merupakan kaedah pembayaran utama bagi barangan di kebanyakan negara Asia Pasifik, dengan 55 peratus perbelanja­an peribadi dengan tunai dan cek.

Dalam satu kenyataan barubaru ini, Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan,Tara Latini berkata, penerapan teknologi tanpa tunai di Asia masih menghadapi cabaran bekerja di beberapa negara dan mematuhi peraturan tempatan.

“Walaupun pertumbuha­n dompet digital di Asia sangat pesat, hanya segelintir sahaja yang dapat menyediaka­n perkhidmat­an kepada pengguna di lebih daripada satu negara Asia, apatah lagi di peringkat antarabang­sa,” katanya. Bagaimanap­un, menurutnya, dengan berada di rantau yang paling dinamik di dunia untuk pembayaran digital juga boleh menjadi sumber peluang.

“Syarikat dan penyedia perkhidmat­an dengan kedudukan yang kuat di Asia Pasifik berada di kedudukan yang sempurna untuk mengekspor­t teknologi mereka dan menjadi peneraju global kerana cabaran membangunk­an sistem yang boleh berfungsi merentasi sempadan dan mata wang akan ditangani,” kata Latini.

HSBC menyatakan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah untuk mempercepa­tkan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai.

Di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia menyasar untuk meningkatk­an jumlah transaksi e-pembayaran per kapita daripada 44 kepada 200 transaksi dan mengurangk­an pembayaran cek daripada 207 juta hingga 100 juta setahun. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia