Utusan Borneo (Sabah)

Jerayawara Bernama tampil kelainan Adakan uji bakat penyampai radio dan pembaca berita

-

‘BERNAMA Road Show 2018’ di hadapan ‘Semua House’ di Jalan Bunus

6 di sini pada minggu lalu menampilka­n kelainan dalam menarik pengunjung, iaitu mengadakan uji bakat penyampai radio dan pembaca berita Bernama.

Pengurus Kanan Bahagian Jualan Nasional Bernama Norena Yaacob berkata uji bakat itu yang diadakan bagi mengisi kekosongan kedua-dua jawatan berkenaan di Bernama diterima baik para pengunjung.

“Kelainan yang kita bawa hari ini (Rabu) adalah program uji bakat penyampai radio dan pembaca berita dalam empat versi bahasa iaitu bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan bahasa Inggeris. Malahan penggunaan keempat-empat bahasa ini adalah kekuatan Bernama berbanding media lain yang ada di negara ini,” katanya ketika ditemui di lokasi jerayawara itu.

Menurut Norena lagi, jerayawara yang julung kali diadakan tahun ini juga bertujuan meningkatk­an kesedaran umum mengenai pelbagai produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan Bernama.

“Ramai yang tidak sedar Bernama ada menyediaka­n ruang pengiklana­n pada laman web rasminya dengan jumlah pengunjung unik terkini seramai sembilan juta orang. Ianya banyak membantu syarikat-syarikat swasta dan kerajaan untuk mengiklank­an produk mereka,” katanya.

Seorang pengunjung Juliana Kassim, 32, berkata beliau sendiri tidak banyak tahu mengenai Bernama dan memuji usaha penganjur mengadakan jerayawara itu untuk orang ramai.

“Sejujurnya saya tak tahu sangat tentang kewujudan Bernama, sebab biasanya saya tahu Radio Televisyen Malaysia (RTM) sahaja. Jika menonton televisyen pun saya hanya tonton TV1 dan TV2 untuk tonton berita dan drama.

“Pada saya dengan ‘road show’ ini pasti dapat membuatkan orang ramai lebih tahu akan peranan BERNAMA sebagai sebuah agensi media nasional selain RTM,” katanya.

Jalan Bunus 6 lokasi keempat daripada lapan lokasi ‘road show Bernama’ yang diadakan menerusi kerjasama Jabatan Niaga, Bernama Radio dan Bernama News Channel (BNC) serta diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Lokasi lain untuk program jelajah itu adalah pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Bangsar Village Jalan Telawi, Jakel Mall di Jalan Munshi Abdullah dan Terminal Bersatu Selatan (TBS) yang merupakan tempat tumpuan orang ramai.

Lokasi terakhir adalah di Taman Botani Shah Alam bersempena dengan program larian Bernama Gembo-Gembo Run pada 22 September 2018 ini. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia