Utusan Borneo (Sabah)

Daniel Zhang jadi pengerusi Alibaba

Jack Ma terus menjadi pengerusi eksekutif dalam tempoh 12 bulan

-

KUALA LUMPUR: Alibaba Group Holding Ltd mengumumka­n bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Daniel Zhang akan menggantik­an Jack Ma sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat tersebut dalam tempoh setahun, iaitu pada 10 September 2019.

Firma e-dagang terbesar China itu berkata, Pengasas Bersama Ma akan terus menjadi pengerusi eksekutif syarikat berkenaan dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memastikan peralihan lancar pengerusi kepada Zhang.

“Ma akan melengkapk­an penggal semasa sebagai ahli lembaga pengarah Kumpulan Alibaba sehingga mesyuarat agung pemegang saham tahunannya pada 2020.

“Beliau adalah rakan kongsi seumur hidup dalam Perkongsia­n Alibaba dan merupakan ahli jawatankua­sa perkongsia­nnya,” kata Alibaba dalam satu kenyataan.

Perkongsia­n Alibaba kini terdiri daripada 36 rakan kongsi yang juga ahli pengurusan kanan Kumpulan Alibaba atau sekutunya.

Menurut artikel persatuan Kumpulan Alibaba, Perkongsia­n Alibaba mempunyai hak untuk mencalonka­n majoriti ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Misi Kumpulan Alibaba adalah untuk memudahkan perniagaan di mana sahaja dan syarikat itu menyasar untuk mencapai pertumbuha­n yang mampan selama 102 tahun.

Untuk tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2018, syarikat berkenaan melaporkan pendapatan sebanyak AS$39.9 bilion. -

“Ma akan melengkapk­an penggal semasa sebagai ahli lembaga pengarah Kumpulan Alibaba sehingga mesyuarat agung pemegang saham tahunannya pada 2020. Beliau adalah rakan kongsi seumur hidup dalam Perkongsia­n Alibaba dan merupakan ahli jawatankua­sa perkongsia­nnya.” Kenyataan Alibaba

 ??  ?? MEWAH: Seorang pelanggan wanita membeli beg berjenama Louis Vuitton di salah sebuah kedai di Singapura. - Gambar REUTERS
MEWAH: Seorang pelanggan wanita membeli beg berjenama Louis Vuitton di salah sebuah kedai di Singapura. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia