Kes bunuh kekasih, pemuda diarah jalani pengawasan mental
MIRI: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh teman wanitanya yang berusia 52 tahun supaya dirujuk ke HospitalPsikiatribagimenjalani pengawasan mental.
Perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Dean Wayne Daly untuk mengesahkan status kewarasan tertuduh ketika kejadian, sekali gus menentukan sama ada dia layak menghadapi tuduhan atau sebaliknya.
Terdahulu, peguambela dilantik Keith Chin yang mewakili tertuduh berkata bahawa anak guamnya (tertuduh)adamemberitahunya dia mendengar suara bisikan ketika ditahan di Penjara Pusat Miri.
Malah ahli keluarga mangsa turut mengesahkan perkara yang sama.
Abdul Rahim Wahap, 25, dari Kampung Piasau Utara di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Yeong Musa, 52.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9.38 pagi, 28 November dan 3 pagi, 29 November 2017 di Jambatan Lutong di sini.
Mahkamah kemudian menetapkan 1 November depan untuk sebutan lanjut kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif.