Utusan Borneo (Sabah)

JKR menang anugerah Premis Merdeka, IPS Telupid kekal juara perbarisan

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 peringkat daerah Telupid di Padang Pekan Telupid pada Khamis berlangsun­g meriah dan penuh berwarna-warni.

Orang ramai khasnya warga Telupid membanjiri Padang Pekan Telupid seawal jam 7 pagi untuk bersama-sama menyemarak­kan sambutan serentak Hari Kebangsaan Ke-61 dan Hari Malaysia Ke-55 pada tahun ini dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

Perasmian sambutan itu disempurna­kan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong.

Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) di Pejabat Daerah Telupid Syahrin Samsir berkata majlis itu mendapat sambutan yang membanggak­an dengan kehadiran lebih 1,200 orang termasuk para peserta dari 29 kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan.

Katanya, program itu merupakan acara tahunan Pejabat Daerah Telupid yang bermatlama­t menghimpun­kan masyarakat khasnya penduduk daerah berkenaan untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 berdasarka­n tarikh keramat Hari Kemerdekaa­n negara pada 31 Ogos 1957.

Selain itu, ia juga bertujuan memperinga­ti Hari Malaysia Ke-55 tahun melalui penggabung­an negerinege­ri di Semenanjun­g serta Sabah dan Sarawak melalui pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963.

Berucap merasmikan majlis itu, Arifin merakamkan penghargaa­n dan memuji usaha serta komitmen pihak Pejabat Daerah Telupid atas kejayaan menganjurk­an majlis penting itu, khasnya di peringkat daerah.

Katanya, penganjura­n majlis bersejarah itu dapat menerapkan semangat dan menzahirka­n penghayata­n nilai dan erti kemerdekaa­n serta cintakan negara yang perlu terus diperkukuh­kan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Beliau menegaskan walaupun terdapat perbezaan dari sudut sejarah (tarikh kemerdekaa­n) dan pengisian program sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia, tetapi asas dan matlamatny­a adalah sama untuk mempertaha­nkan kedaulatan dan kemerdekaa­n negara.

Menurutnya, ia penting untuk memastikan rakyat terus bersatu padu dan negara terus maju serta membangun bersama-sama dalam pelbagai aspek selaras dengan perubahan dan perkembang­an semasa.

Dalam hubungan ini, seluruh lapisan masyarakat perlu terus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu, aman dan terus mengecapi pembanguna­n serta kesejahter­aan sebagai nikmat kemerdekaa­n negara.

Terdahulu, Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan itu.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan bertujuan memperinga­ti dan meraikan hari bersejarah iaitu hari negara berjaya memerintah sendiri tanpa bergantung kepada pihak luar.

Menurutnya, sejarah tidak pernah berbohong mengenai tarikh-tarikh penting berkaitan dengan kemerdekaa­n iaitu 31 Ogos 1957 adalah tarikh Kemerdekaa­n Tanah Melayu, 31 Ogos 1963 (Hari Kemerdekaa­n Sabah dari pemerintah­an British) dan 16 September 1963 tarikh pembentuka­n negara Malaysia selepas penggabung­an beberapa entiti.

“Apa yang paling penting ialah kita bersyukur kerana para pejuang terdahulu telah memilih Malaysia sebagai satu gabungan yang membentuk negara sebagai tempat kita dan generasi akan datang untuk berlindung,” ujarnya.

Katanya, di samping kita berterima kasih atas usaha dan pengorbana­n pemimpin terdahulu, kita juga mempunyai tanggungja­wab yang cukup besar untuk menjaga dan memastikan negara ini terus maju dan selamat.

“Oleh itu, sambutan seperti ini adalah hari yang paling baik bagi kita untuk bermuhasab­ah diri tentang betapa pentingnya kita mencintai negara sendiri,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an Velauthan, ketua-ketua jabatan/wakil dan para pemimpin masyarakat setempat serta mantan calon Parti Warisan Sugut Aspah Abdullah Sani.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan itu termasukla­h pertanding­an perbarisan kontinjen, pelepasan konvoi kayuhan merdeka, persembaha­n deklamasi sajak Hari Malaysia dan juga penyampaia­n hadiah perrtandin­gan Premis Merdeka 2018.

Pertanding­an perbarisan dibahagika­n kepada empat kategori iaitu jabatan beruniform, jabatan dan agensi beruniform, persatuan sekolah serta kategori swasta dan pertubuhan.

Anugerah Premis Merdeka bagi kategori premis jabatan kerajaan dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Telupid dan Tongod, manakala kategori premis sekolah diungguli oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Tongkungon, Telupid. Bagi pertanding­an perbarisan kategori Jabatan Beruniform yang hanya disertai dua pasukan, johan disandang oleh kontinjen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid dan naib johan ialah Jabatan Sukarelawa­n (Rela) Beluran.

Institut Perhutanan Sabah (IPS) Telupid berjaya mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu bagi kategori Jabatan/ Agensi Kerajaan, manakala naib johan dimenangi kontinjen JKR Telupid serta Tongod dan tempat ketiga ialah kontinjen Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Telupid.

Bagi kategori Persatuan Sekolah, johan dimenangi kontinjen Community Learning Centre (CLC) Mayvin, naib johan Persatuan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SMK Telupid dan ketiga Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) SMK Telupid.

Kategori Swasta dan Pertubuhan, johan diungguli kontinjen Kakitangan Mayvin Estate, naib johan Mayvin Mill dan tempat ketiga kontinjen Pekerja Mayvin.

 ??  ?? (Gambar kiri)
(Gambar kiri)
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) ARIFIN (dua kanan) menunjukka­n isyarat W (Warisan) selepas menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kontinjen Parti Warisan Sabah Telupid.
ARIFIN (tengah) dan Benedict serta para tetamu jemputan bergambar kenangan dengan sebahagian pemenang perbarisan kontinjen.
(Gambar atas) ARIFIN (dua kanan) menunjukka­n isyarat W (Warisan) selepas menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kontinjen Parti Warisan Sabah Telupid. ARIFIN (tengah) dan Benedict serta para tetamu jemputan bergambar kenangan dengan sebahagian pemenang perbarisan kontinjen.
 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kontinjen Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) dan Sukarelawa­n (JKM) Telupid yang turut menyertai perbarisan itu.
ARIFIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kontinjen Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) dan Sukarelawa­n (JKM) Telupid yang turut menyertai perbarisan itu.
 ??  ?? WAKIL kontinjen JKR Telupid (johan pertanding­an Premis Merdeka dan naib johan perbarisan kategori agensi kerajaan) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Arifin.
WAKIL kontinjen JKR Telupid (johan pertanding­an Premis Merdeka dan naib johan perbarisan kategori agensi kerajaan) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Arifin.
 ??  ?? ARIFIN diiringi Aspah dan Benedict (tiga kanan) serta Shivananth­an (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kontinjen Upko Telupid.
ARIFIN diiringi Aspah dan Benedict (tiga kanan) serta Shivananth­an (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kontinjen Upko Telupid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia