Utusan Borneo (Sabah)

Hassim dahului senarai 200 penerima darjah kebesaran TYT Sabah

-

KOTA KINABALU: Ketua Perisikan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) SAC Datuk Hassim Justin mendahului senarai 200 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, pada Selasa.

Beliau adalah antara enam penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) iaitu darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah yang membawa gelaran ‘Datuk’. Antara penerima lain ialah para ahli perniagaan, Protasius Jomoly Mukiau, Syam Wee Wet dan Wong Chen Yee.

Selain itu, empat penerima dikurniaka­n watikah Jaksa Pendamai (JP) iaitu Batholomew Jingulam, Mustapha @Mohd Yunus @Sakmud, Sazalye Donol Abdullah dan William Michael Mojilip.

Seterusnya, istiadat penganuger­ahan diteruskan dengan pingat darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) kepada Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (Puspanita) Datin Seri A’zah Ismail serta 24 penerima yang lain.

Penerima lain antaranya, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembanguna­n Pendidikan Yayasan Sabah Bahiwata Sayangan Mulia, Ketua Koordinato­r Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rosli Masaliku, Timbalan Pengurus Besar (Pembanguna­n Pekebun Kecil) Lembaga Industri Getah Sabah Basius Bailis dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Jo Anna Sue Henley Rampas.

Kemudian, Juhar mengurniak­an pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK) kepada seramai 40 penerima antaranya ialah Ketua Unit Pemasaran, Promosi dan Kawal Selia Jabatan Penyiaran Sabah Zakaria Damit.

Istiadat disusuli dengan penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), iaitu Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetia­an Esscom Harun Madasa dan juga kakitangan Jabatan Penyiaran Sabah, terdiri daripada Lalitha @Margaret A Sundram, Ibrahim Diman dan Salleh Jikri.

Sementara seramai 62 penerima Bintang Kinabalu (BK) diikuti 14 penerima Pingat Perkhdimat­an Terpuji (SK).

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) JO ANNA (kiri) bersalaman dengan Juhar sejurus menerima darjah kebesaran ASDK.
(Gambar kiri) HASSIM (kiri) ketika menerima selempang PGDK daripada Juhar.
(Gambar atas) JO ANNA (kiri) bersalaman dengan Juhar sejurus menerima darjah kebesaran ASDK. (Gambar kiri) HASSIM (kiri) ketika menerima selempang PGDK daripada Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia