Pusat Kerjaya UMS anjur PRS For Youth @Campus Roadshow
KOTA KINABALU: Pusat Kerjaya Universiti Malaysia Sabah(UMS)dengankerjasama Private Pension Administrator telah menganjurkan program Skim Persaraan Swasta (PRS) For Youth @Campus Roadshow di Auditorium Perpustakaan UMS.
Pengarah Pusat Kerjaya UMS Prof Madya Dr Lai Yew Meng berkata, penganjuran program itu bertujuan memperkenalkan kepada pelajar UMS berkenaan Skim Persaraan Swasta yang merupakan tonggak ketiga skim pencen peribadi sukarela di bawah rangka kerja Keselamatan Sosial Malaysia yang melengkapi skim mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Skim Persaraan Swasta ini adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menjimatkan lebih banyak untuk persaraan mereka.
“Bagi pelajar UMS, anda sangat beruntung kerana program ini mampu memupuk kebiasaan penjimatan yang baik sebelum memasuki alam pekerjaan,” katanya.
Pada program itu, para peserta berpeluang mendapatkan pengetahuan lebih lanjut berkaitan PRS melalui sesi ceramah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Private Pension Administrator Malaysia Husaini Hussin.
Selain itu, mereka turut berkesempatan mengunjungi pameran informatif oleh Affin Hwang Asset Management Berhad, AIA Pension and Asset Managemnet Sdn Bhd, AmFunds Management Berhad, CIMB-Principal Asset ManagementBerhad,Kenanga Investors Berhad, Manulife Asset Management Service Berhad, Public Mutual Berhad dan RHB Asset Management Sdn Bhd.
Seramai 250 peserta menjayakan program berkenaan.
Turut hadir, Ketua Bahagian Pemasaran Private Administrator Malaysia Serena Lim dan Timbalan Pendaftar Pusat Jaringan Industri dan Komuniti UMS Sarlona J Gindug.