Utusan Borneo (Sabah)

Danau Toba miliki mitos yang tersendiri

Miliki mitos yang tersendiri

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

MASIH ramai yang tidak mengetahui kewujudan Danau Toba iaitu tasik terbesar di Indonesia semestinya berjaya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya buat kali pertama disebabkan ketenangan dan keindahan semulajadi tasik ini.

Warnanya yang biru serta tiupan bayu sederhana sejuk pastinya membuatkan si pengunjung enggan meninggalk­an panorama indah ini berikutan tenggelam dipukau keindahan ciptaan-Nya yang sukar ditemui di tempat lain.

Danau Toba yang dipercayai terbentuk daripada letusan gunung berapi Toba kira-kira 75,000 tahun lalu adalah antara tasik terbesar dunia yang mempunyai sejarah tersendiri samada berdasarka­n teori geografi mahupun kisah dongeng zaman dahulu.

Pemandu Pelancong

Pak Posmen berkata Danau Toba yang terletak di tengah bahagian utara Pulau Sumatera Indonesia dihuni enam suku Batak Utama iaitu Batak Toba, Karo, Simalungun, Pakpak, Angkola dan Mandailing yang mempunyai kepercayaa­n serta adat resam turun temurun dari nenek moyang.

Katanya masyarakat Batak bukan sahaja mempunyai tamadun tinggi

malah Batak juga turut terkenal dalam pegangan mitos asal usul yang diwarisi daripada nenek moyang sejak zaman dahulu.

“Bagi masyarakat Batak kewujudan Danau Toba dikaitkan dengan kisah seorang pemuda Batak yang menjumpai seekor ikan semasa turun ke tasik untuk menangkap ikan berikutan rata-rata kegiatan masyarakat Batak di sini adalah nelayan serta petani.

“Oleh kerana lelaki itu hanya mendapat seekor ikan sahaja pada hari terbabit dia kemudianny­a pulang ke rumah dan meletakkan ikan itu di dalam bekas sementara dia menyiapkan bahan-bahan lain untuk memasak ikan berkenaan.

“Lelaki itu bagaimanap­un terkejut sebaik kembali ke dapur kerana mendapati ikan itu sudah tiada di dalam bekas berkenaan yang diletakkan di meja dapur,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudianny­a mencari ikan yang hilang di kawasan sekitarnya dan terkejut apabila mendapati kehadiran seorang wanita cantik di dalam rumahnya.

“Lelaki itu terpikat dengan kejelitaan wanita jelmaan ikan itu dan memberitah­u wanita itu bahawa dia ingin mengahwini­nya secepat mungkin.

“Wanita itu kemudianny­a bersetuju bagaimanap­un meletakkan syarat agar lelaki itu tidak akan mendedahka­n asal usulnya sebagai seekor ikan kepada sesiapa pun dan lelaki itu bersetuju dengan syarat berkenaan,” katanya.

Menurutnya selepas berkahwin selama beberapa ketika, mereka kemudianny­a mendapat seorang anak lelaki.

“Pada suatu hari wanita itu mengarahka­n anak mereka untuk menghantar­kan bekal makanan kepada suaminya yang berada di kebun mengerjaka­n hasil tanaman mereka.

“Anaknya bagaimanap­un terasa lapar semasa dalam perjalanan dan memakan bekal yang sepatutnya dihantar kepada ayahnya di kebun sehinggala­h perkara itu membuatkan ayahnya marah kerana penat bekerja seharian dan tidak mempunyai apapun untuk dimakan,” katanya.

Posmen berkata oleh kerana terlalu marah lelaki itu kemudianny­a memarahi anaknya dan mengatakan anaknya ialah keturunan ikan dan menyamakan anaknya sama seperti ikan.

“Sedih dengan apa yang dikatakan oleh ayahnya, anak itu kemudianny­a memberitah­u apa yang berlaku kepada ibunya dan dengan rasa sedih ibunya memberitah­u agar anaknya itu mencari tempat selamat kerana suaminya sudah melanggar janji mereka.

“Wanita itu kemudianny­a menangis tanpa henti sehinggala­h tasik Toba terbentuk dan semua penduduk kampung termasuk suami serta anaknya mati kerana lemas di tasik raksasa itu,” katanya.

Beliau berkata Danau Toba kini mempunyai keluasan sehingga 100 kilometer panjang dan 30 kilometer lebar dan terdapat Pulau Samosir di tengahteng­ahnya yang dihubi kirakira 8.5 juta penduduk yang kebanyakka­nya mayarakat Batak Toba beragama Kristian.

“Untuk sampai ke Pulau Samosir pengunjung perlulah menaiki feri sebagai pengangkut­an utama dari pekan Tomok atau Parapat iaitu Jeti Tiga Rajah dan ianya mengambil masa selama 25 minit.

“Pulau Samosir ialah sebuah pulau yang sangat aman dan tenang terutamany­a bagi pencinta alam semulajadi, penduduk di sini juga sangat ramah dan rata-ratanya pandai berbahasa Inggeris selain muzik adalah antara kewajiban di sini,” katanya.

Beliau berkata semasa dalam perjalanan ke Pulau Samosir pegunjung turut berpeluang melihat satu lagi legenda di Danau Toba iaitu Batu Gantung yang mempunyai sejarah kewujudan batu di tepi tasik terbabit.

“Kononnya pada zaman dahulu terdapat seorang gadis yang dipaksa mengahwini lelaki yang tidak dicintainy­a berikutan sudah mempunyai jejaka pilihan sendiri.

“Orang tuanya bagaimanap­un tetap dengan pilihan mereka dan sudah merancang untuk mengahwink­an anak gadis mereka selepas berbincang dengan pihak keluarga lelaki berkenaan,” katanya.

Katanya gadis itu terpaksa bersetuju selepas semua alasannya tidak diendahkan bagaimanap­un dia memberitah­u keluargany­a jika berlaku kejadian tidak diingini mereka harus menangungn­ya.

“Disebabkan sedih dengan keputusan ibubapanya gadis itu kemudian ingin menamatkan hidupnya dengan terjun di Danau Toba dengan membawa anjing peliharaan­nya.

“Semasa berjalan di tepi tasik, gadis itu bagaimanap­un terjatuh ke dalam lubang batu yang dalam dan berteriak meminta pertolonga­n, anjing peliharaan­nya kemudian berlari ke rumah dan membawa ibubapa ke lubang terbabit,” katanya.

Posmen berkata gadis yang sudah buntu itu kemudianny­a berfikir adalah lebih baik dia mengakhiri hidupnya dan menyeru batu itu untuk menghimpit­nya dengan menyeru ‘Parapat, Parapat’ sehinggala­h gadis itu ditelan batu.

“Sehingga kini batu yang menyerupai seorang gadis menjadi antara lokasi wajib yang perlu dikunjungi dan pengunjung merakamkan gambar bersama batu terbabit,” katanya.

Tambahnya terdapat banyak lagi mitos di Simalungun Sumatera Utara yang boleh dikongsika­n kepada para pengunjung yang datang ke tempat ini dan melihat sendiri keunikan yang ada di sini.

 ??  ??
 ??  ?? DANAU Toba, lokasi bersuhu sederhana sejuk dan memiliki sejarah tersendiri.
DANAU Toba, lokasi bersuhu sederhana sejuk dan memiliki sejarah tersendiri.
 ??  ?? SALAH seorang pengunjung, merakamkan gambar berlatarbe­lakangkan batu gantung.
SALAH seorang pengunjung, merakamkan gambar berlatarbe­lakangkan batu gantung.
 ??  ?? PEMANDANGA­N persisir Parapat yang menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an aktiviti air kepada pengunjung.
PEMANDANGA­N persisir Parapat yang menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an aktiviti air kepada pengunjung.
 ??  ?? DANAU Toba lokasi sesuai untuk mengabadik­an gambar kenangan selain memukau pengunjung dengan ketenangan serta keindahan semulajadi tasik gergasi ini.
DANAU Toba lokasi sesuai untuk mengabadik­an gambar kenangan selain memukau pengunjung dengan ketenangan serta keindahan semulajadi tasik gergasi ini.
 ??  ?? KUMPULAN AirAsia merakamkan gambar kenangan di Huta Ginjang dengan pemandanga­n indah Danau Toba.
KUMPULAN AirAsia merakamkan gambar kenangan di Huta Ginjang dengan pemandanga­n indah Danau Toba.
 ??  ?? PELBAGAI aktiviti air yang boleh dilakukan di Danau Toba.
PELBAGAI aktiviti air yang boleh dilakukan di Danau Toba.
 ??  ?? JETI feri Parapat laluan utama untuk ke Pulau Samosir.
JETI feri Parapat laluan utama untuk ke Pulau Samosir.
 ??  ?? IKAN Tilapia antara menu wajib di Pulau Samosir.
IKAN Tilapia antara menu wajib di Pulau Samosir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia