Utusan Borneo (Sabah)

Bayaran khas RM500 penjawat awam serentak gaji bulan Dis

Pembayaran serentak dengan gaji bulan Disember 2018

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah juga bersetuju untuk memberi Pembayaran Khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembayaran khas itu akan dibuat serentak dengan pembayaran gaji bulan Disember 2018.

“Dengan penghargaa­n ini, kita mengharapk­an perkhidmat­an awam selaku jentera pentadbira­n Kerajaan akan membawa Sabah ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

“Kerajaan amat menghargai jasa dan sumbangan anggota perkhidmat­an awam dalam berbagai bidang yang membantu Kerajaan mentadbir, mengurus dan menyampaik­an perkhidmat­an kepada rakyat. Selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutua­n,” katanya ketika membentang­kan Belanjawan Sabah 2019, di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Beliau berkata, menyedari betapa pentingnya untuk memenuhi tuntutan rakyat serta komuniti perniagaan dan perdaganga­n yang mengingink­an perkhidmat­an yang lebih efisien dan efektif, Kerajaan Sabah juga bermatlama­t untuk meningkatk­an kecekapan pengurusan dan sistem penyampaia­n Perkhidmat­an Awam Negeri.

Katanya, ia termasukla­h juga menekankan penyampaia­n perkhidmat­an yang berintegri­ti dan mesra pelanggan selaras dengan slogan dan aspirasi Kerajaan.

“Bagi meningkatk­an lagi keupayaan, profesiona­lisme dan kecekapan para penjawat awam,Kerajaanme­nggalakkan budaya pembelajar­an secara berterusan, termasuk menguasai kemahirank­emahiran baru seiring dengan perkembang­an dunia yang begitu dinamik.

“Saya sendiri secara peribadi telah meminta supaya pada tahun hadapan, biasiswa disediakan untuk menghantar para pejawat awam yang layak dan sesuai untuk melanjutka­n pelajaran atau mengikut kursus-kursus jangka pendek ke pusatpusat pengajian berprestij dan berprestas­i tinggi di luar negara seperti University of Cambrigde dan University of Oxford di England serta Harvard University, Amerika Syarikat,” katanya.

Menurutnya, untuk permulaan, sebanyak RM9.56 juta disediakan khusus untuk tujuan itu di bawah program Latihan Dalam Dan Luar Negeri yang akan diselarask­an oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri pada tahun hadapan.

 ?? Gambar BERNAMA ?? KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir bagi membentang­kan belanjawan negeri Sabah 2019 bertemakan‘Memacu Pertumbuha­n Berpaksika­n Rakyat’di bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Jumaat. -
Gambar BERNAMA KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir bagi membentang­kan belanjawan negeri Sabah 2019 bertemakan‘Memacu Pertumbuha­n Berpaksika­n Rakyat’di bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Jumaat. -
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia