Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Michael Douglas kini di Hollywood Walk of Fame

-

PELAKON yang pernah memenangi anugerah Oscar, Michael Douglas, menerima bintang di ‘Hollywood Walk of Fame’ pada Selasa lepas sebagai penghormat­an kepada pembabitan­nya selama 50 tahun dalam dunia hiburan.

Bintang mega itu disertai di acara tersebut oleh bapanya yang berusia 101 tahun dan legenda Hollywood, Kirk Douglas, selain Jane Fonda, yang berlakon bersamanya dalam sebuah drama yang dikeluarka­n pada tahun 1979 berjudul ‘The China Syndrome’, mengenai satu kemalangan di sebuah loji tenaga nuklear.

Turut hadir isteri Douglas, akres Catherine ZetaJones,dan ahli keluarga lain.

“Ini adalah satu penghormat­an yang besar dan saya tidak semakin muda, saya mahu menikmatin­ya bersama keluarga saya,” kata pelakon berusia 74 tahun itu ketika bintangnya didedahkan secara rasmi.

Douglas menjadi emosional dan bergenanga­n air mata apabila dia berucap kepada bapanya, dan mem-beritahuny­a bahawa kehadirann­ya di acara itu amat bermakna sekali.

“Saya akan menyatakan­nya dengan mudah dan dengan segenap hati saya, ‘saya begitu bangga untuk menjadi anak anda’,” katanya dengan sebak. Dalam ucapannya di acara itu, Fonda bertanya kenapa ia memakan masa yang begitu lama untuk Michael mendapatka­n bintangnya pada akhirnya. “Michael Douglas dan saya berkongsi sesuatu yang jauh lebih khusus dan unik berbanding berlakon bersama,” katanya. “Kedua-dua kami datang dari keluarga yang disebut oleh media sebagai kerabat diraja Hollywood. “Kedua-dua bapa kami merupakan legenda filem, dan syukur, Kirk Douglas masih bersama kita,” ujarnya yang merujuk kepada mendiang bapanya Henry. “Melangkah masuk ke dalam bisnes keluarga, mana-mana bisnes keluarga, sentiasa mencabar. Lihatlah keluarga Trump atau keluarga Corleone.” Michael hanya berusia 29 tahun ketika dia mendapat tempat di kalangan golongan elit di Hollywood sebagai penerbit di sebalik ‘One Flew Over the Cuckoo’s Nest’, ketika itu filem pertama dalam tempoh 40 tahun yang menyapu “lima anugerah besar” Oscar bagi filem, pengarah, pelakon lelaki, pelakon wanita dan lakon layar terbaik.

Dia seterusnya memenangi satu lagi anugerah Oscar - kali ini untuk pelakon terbaik dalam ‘Wall Street’ (1987) - dan menjadi salah seorang pelakon paling lumayan di dunia menerusi siri watak dalam filem-filem hit sinematik termasuk ‘Romancing the Stone’, ‘Fatal Attraction’ dan ‘Basic Instinct’.

Siri komedinya yang baharu ‘The Kominsky Method’, mengenai seorang pelakon tua yang terkilan dan memberi ajaran tentang seni lakonan, mula striming menerusi Netflix pada 16 November ini. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia