Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpas sindiket curi, jual komponen kenderaan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis berjaya menumpaska­n sindiket mencuri dan menjual komponen kenderaan selepas menahan tiga anggota Geng Wan dalam dua serbuan berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua suspek berumur 24 hingga 30 tahun masingmasi­ng ditahan pada 5 dan 6 November lalu.

“Tangkapan pertama yang dikenali sebagai Wan berjaya ditahan di Kampung Sembulan Lama kira-kira jam 11 malam melalui hasil risikan dan siasatan yang dijalankan anggota kita.

“Susulan penangkapa­n itu berjaya mengesan dua lagi rakan sejenayah suspek dan kedua-dua mereka ditahan keesokan harinya di Kampung Muhhibah jam 2.30 petang,” katanya.

Beliau berkata hasil geledahan di rumah suspek berjaya merampas tiga kenderaan termasuk motosikal yang dicuri dan pernah dilaporkan hilang di daerah berhampira­n termasuk Penampang, Inanam dan di sini.

Tambahnya polis turut merampas beberapa komponen kenderaan yang dipercayai diambil daripada kenderaan curi dan akan dijual kepada orang awam.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek menggunaka­n medium media sosial Facebook melalui halaman Gakeps untuk menjual komponen kenderaan yang dicuri bagi mendapatka­n wang.

“Suspek juga dipercayai sudah bergiat aktif sejak empat bulan sebelum ini dan hasil jualan komponen kereta terbabit digunakan untuk membeli dadah berikutan kesemua suspek adalah positif dadah,” katanya.

Tambahnya kesemua suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan samun berkumpula­n, mencuri dan dadah.

Habibi berkata suspek menggunaka­n modus operandi dengan membawa kunci pendua bagi mencuri motosikal dan mempunyai kepakaran dalam membuat salinan kad kereta.

“Kegiatan suspek menyebabka­n kerugian hampir RM100,000 dan dengan tertangkap­nya suspek ini kita berjaya menyelesai­kan kira-kira 10 kes curi kenderaan di daerah ini.

“Kesemua suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menambah pihaknya sedang mengenalpa­sti jika terdapat kes lain hasil kegiatan jenayah suspek.

 ??  ?? HABIBI (tengah) bersama pegawainya menerangka­n modus operandi yang digunakan oleh suspek dalam menjalanka­n kegiatan curi kenderaan.
HABIBI (tengah) bersama pegawainya menerangka­n modus operandi yang digunakan oleh suspek dalam menjalanka­n kegiatan curi kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia