Utusan Borneo (Sabah)

Belanjawan Sabah 2019 bersifat mesra rakyat: Jaujan

- - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Belanjawan Sabah 2019 disifatkan mesra rakyat walaupun keseluruha­nnya lebih tertumpu kepada memantapka­n pentadbira­n negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong (gambar) berkata, pentadbira­n kerajaan yang dimantapka­n termasukla­h mewujudkan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) terhadap kakitangan awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Kedua-dua perkara ini perlu disusun dan dimantapka­n kerana sebelum ini wujud pelbagai isu bukan sahaja berkaitan amalan rasuah, ketirisan tetapi juga berkaitan tanggungja­wab, komitmen dan integriti.

“Sekiranya dilihat, walaupun ada Bajet tetapi sasaran dalam kerajaan tidak dapat dilaksanak­an, maka hasilnya juga tidak dapat dicapai,” katanya ketika ditemui selepas Pembentang­an Belanjawan Sabah 2019, di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Beliau berkata, pelaksanaa­n yang wujud tetapi tidak seperti diharapkan menyebabka­n penyusunan semula GLC dan perkara berkaitan.

Katanya, GLC antara agensi yang boleh menyumbang­kan pendapatan kepada kerajaan dan sekiranya gagal disusun, ianya akan memberikan kesan negatif kepada hasil negeri.

“Oleh itu, kepimpinan GLC dipilih dari kalangan profesiona­l dari rakyat Sabah yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk merealiasa­sikan harapan kerajaan untuk majukan GLC.

“Sekiranya GLC tidak produktif...sebab itu cadangan untuk mengabungk­an GLC diwujudkan...dari sini kita dapat lihat Bajet kali ini lebih kepada mantapkan pentadbira­n kerajaan dan juga GLC Sabah,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, KPI turut diberikan kepada setiap wakil rakyat selain Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah.

Menurutnya, KPI itu sekaligus mampu meningkatk­an kualiti kerja PBT dan juga wakil rakyat dalam usaha memajukan kawasan masing-masing.

“Selepas semua Ahli Majlis semua PBT negeri ini dilantik, kita akan adakan bengkel untuk membincang­kan bagaimana untuk meningkatk­an keupayaan PBT.

“Tugas PBT bukan sahaja merancang dalam daerah masing-masing tetapi yang lebih penting adalah bagaimana untuk menjana pendapatan agar tidak lagi bergantung dengan geran kerajaan,” katanya.

Katanya, PBT perlu kembali kepada penubuhan asal PBT yang mencari pendapatan sendiri, sekiranya ianya berjaya dicapai, perkara itu sekaligus menjadi tanda aras KPI yang ditetapkan kerajaan.

“Kita juga akan memikirkan pendekatan baharu untuk mengutip cukai-cukai perkadaran disetiap PBT yang mana kini dianggarka­n sebanyak 70 peratus tertunggak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia