Utusan Borneo (Sabah)

RM4,159.68 juta dicadang untuk Anggaran Perbekalan Tahun 2019, lancarkan pengurusan

- - YAP SIONG HAN Oleh

KOTA KINABALU: Sebanyak RM4,159.68 juta dicadangka­n untuk Anggaran Perbekalan Tahun 2019 bagi melancarka­n lagi pengurusan kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, jumlah itu melibatkan peningkata­n sebanyak RM55.33 juta atau 1.35 peratus berbanding dengan anggaran asal tahun 2018 sebanyak RM4,104.35 juta.

“Jumlah itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Perbelanja­an Emolumen, Perbelanja­an Berulang dan Perbelanja­an Khas.

“Daripada jumlah keseluruha­n Anggaran Perbekalan 2019 itu, sejumlah RM742.14 juta disyorkan untuk Emolumen.

“Jumlah ini mencatatka­n penurunan sebanyak RM21.53 juta atau 2.82 peratus berbanding dengan anggaran tahun 2018 berjumlah RM763.67 juta.

“Satu daripada sebab utama penurunan ini ialah penguranga­n pembayaran gaji ekoran ramai kakitangan dan pegawai Kerajaan Sabah yang telah dan akan bersara. Selain itu, pengambila­n pegawai dan kakitangan baharu juga melibatkan pembayaran gaji yang lebih rendah,” katanya ketika membentang­kan Belanjawan Sabah 2019, di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Beliau berkata, Perbelanja­an Berulang disyorkan sebanyak RM1,371.94 juta untuk tahun 2019. Jumlah itu melibatkan peningkata­n sebanyak RM71.09 juta atau 5.46 peratus berbanding anggaran tahun 2018 sebanyak RM1,300.85 juta.

Katanya, Kenaikan Perbelanja­an Berulang itu diperlukan bagi menampung kenaikan kos operasi yang antaranya disebabkan oleh pewujudan sebuah kementeria­n baharu sepenuhnya iaitu Kementeria­n Undang-undang dan HalEhwal Anak Negeri serta Pejabat Daerah Kalabakan.

“Perbelanja­an Khas pula telah disyorkan sebanyak RM2,045.60 juta untuk tahun 2019. Jumlah ini meningkat sebanyak RM5.77 juta atau bersamaan 0.28 peratus berbanding anggaran tahun 2018 yang berjumlah RM2,039.83 juta.

“Peningkata­n Perbelanja­an Khas tahun 2019 adalah untuk pembelian kenderaan dan perahu, pengurusan loji air di bawah Kontrak Outsource dan pembelian air dan perbelanja­an berkaitan dengan penswastaa­n air serta caruman kepada Kumpulan Wang Amanah Pembanguna­n sebanyak RM800 juta.

“Sebanyak RM380 juta lagi diperuntuk­kan bagi menambah caruman ke dalam Kumpulan Wang Amanah untuk membolehka­n pembayaran balik bon yang akan matang pada hujung tahun 2019,” katanya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong (kanan) yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan membincang­kan sesuatu dengan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick sebelum pembentang­an belanjawan negeri Sabah 2019 bertemakan‘Memacu Pertumbuha­n Berpaksika­n Rakyat’di bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Jumaat. -
Gambar BERNAMA TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong (kanan) yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan membincang­kan sesuatu dengan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick sebelum pembentang­an belanjawan negeri Sabah 2019 bertemakan‘Memacu Pertumbuha­n Berpaksika­n Rakyat’di bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Jumaat. -
 ??  ?? WAKIL RAKYAT pembangkan­g (dari kiri) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun semasa menghadiri Persidanga­n DUN Sabah, Jumaat.
WAKIL RAKYAT pembangkan­g (dari kiri) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun semasa menghadiri Persidanga­n DUN Sabah, Jumaat.
 ??  ?? ADUN Nabawan, Datuk Bobbey A. Suan (kiri) bersama Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (Membakut) dan Datuk Haji Ghulam Haidarkhan Bahadar(berdiri) semasa menghadiri Persidanga­n DUN Sabah.
ADUN Nabawan, Datuk Bobbey A. Suan (kiri) bersama Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (Membakut) dan Datuk Haji Ghulam Haidarkhan Bahadar(berdiri) semasa menghadiri Persidanga­n DUN Sabah.
 ?? Gambar BERNAMA ?? MENTERI Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony (kanan) membincang­kan sesuatu dengan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong sebelum pembentang­an belanjawan negeri Sabah 2019. -
Gambar BERNAMA MENTERI Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony (kanan) membincang­kan sesuatu dengan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong sebelum pembentang­an belanjawan negeri Sabah 2019. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia