Polis tahan juragan kapal

Disyaki seludup hasil laut ke negara jiran

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT: Polis menahan seorang juragan dan merampas sebuah kapal nelayan selepas didapati menyeludup hasil laut ke negara luar.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Superintendan Abd Nasir Othman berkata suspek dikesan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin Kudat yang semasa itu menjalankan Op Gelora di Tanjung Kapor di sini sebelum ditahan bot tempur RH 50.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam kapal suspek menemukan 38 polisterin putih mengandungi 570 kilogram (kg) timun laut atau balat, 21 kotak kertas berisi 210 kg kima, 88 kotak mengandungi 1,760 kilo kima sejuk beku dan 10 kg sotong katak.

“Juragan kapal turut mengakui hasil laut terbabit adalah untuk diseludup keluar ke Pulau Balabac Filipina,” katanya.

Menurutnya, juragan dan hasil laut serta kapal bernilai RM142,200 yang dirampas dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 198,” katanya, sambil mengucaplan terima kasih kepada masyarakat yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

(gambar atas) KOTAK polisterin putih mengandungi pelbagai hasil laut di dalam kapal suspek. (gambar kiri) BALAT yang ditemukan di dalam kapal suspek untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.