Utusan Borneo (Sabah)

Musa Aman tidak didakwa pada 2012 kerana siasatan libatkan sumbangan politik

-

PUTRAJAYA: Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (gambar) pada 2012 kerana siasatan tertumpu kepada sumbangan politik, demikian menurut Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat. SPRM dalam kenyataann­ya pada Jumaat berkata suruhanjay­a itu telah menjalanka­n siasatan terhadap Musa dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Julai 2012 untuk tindakan selanjutny­a.

“Walau bagaimanap­un, Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan memandangk­an siasatan tertumpu kepada sumbangan politik.

“Dasar Pejabat Peguam Negara ketika itu telah menetapkan untuk tidak menuduh kes yang melibatkan sumbangan politik,” kata SPRM dalam kenyataan susulan laporan yang memetik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta SPRM menjelaska­n sebab Musa tidak dituduh sebelum ini.

Pada Khamis, Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau percaya bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai alasan tertentu tidak mendakwa Musa dan percaya SPRM harus memberi penjelasan sebab Musa tidak dituduh sebelum ini.

SPRM berkata ia telah mengkaji semula kertas siasatan terhadap Musa beberapa bulan lepas setelah memperoleh maklumat baharu berhubung kes tersebut.

“SPRM telah mengemukak­an kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dikaji semula,” kata suruhanjay­a itu.

Menurut SPRM, Peguam Negara kemudianny­a memutuskan bahawa Musa berhadapan 35 pertuduhan kes rasuah di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 di mana beliau telah dituduh pada 5 Nov lepas.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia