Lelaki terjatuh dari tingkat 6 pusat beli belah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki patah di bahagian kaki selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam bangunan belibelah di sini petang Jumaat lalu.

Mangsa yang berumur 38 tahun dan berasal dari Kampung Pirasan Kota Belud itu terjatuh kira-kira jam 2 petang berdekatan tempat letak motosikal sebelum mengejutkan pengunjung pusat beli belah berkenaan.

Pihak pengurusan pusat beli-belah itu kemudiannya menghubungi pasukan kecemasan dan pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa kini berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan sedang menerima rawatan lanjut.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

PIHAK pengurusan pusat beli-belah meletakkan pita pemisah bagi menghalang orang ramai mendekati kawasan mangsa terjatuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.