Rogol gadis bawah umur: Pemandu kereta sapu dipenjara 20 tahun

Atas kesalahan rogol gadis bawah umur

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, mengenakan penjara maksimum 20 tahun terhadap seorang pemandu kereta sapu yang disabitkan dengan kesalahan merogol seorang gadis bawah umur.

Junidi Ibrahim, 37, terpaksa menjalani tempoh hukuman terbabit setelah hakim Datuk Nurchaya Hj Arshd membenarkan rayuan daripada pihak pendakwaan.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Husna Abd Halim menyatakan hukuman yang dikenakan mahkamah rendah terhadap responden tidak mencukupi dan memohon ditingkatkan.

Menurutnyahakimperbicaraangagal mencerminkan keberatan, keseriusan dan kekerapan kesalahan, serta pesalah pertama tidak melayakkan hukuman ringan dijatuhkan secara automatik.

Pada 24 Ogos 2017 responden dikenakan penjara sepuluh tahun dan lima sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen.

Responden merogol mangsa yang berusia 15 tahun satu bulan semasa kejadian, pada 30 Disember 2013 jam 1 petang di sebuah kampung di Kota Belud.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) kanun sama, penjara selama 20 tahun dan sebat.

Bagaimanapun Nurchaya mengekalkan jumlah sebatan terhadap responden yang juga mengenakan pengawasan polis selama tiga tahun, setelah tamat menjalani pemenjaraan.

Peguam P.J Perira mewakili Junidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.