Utusan Borneo (Sabah)

Rompak berkumpula­n: Tiga lelaki ketahui nasib 23 November

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki yang didakwa melakukan rompak berkumpula­n akan mengetahui keputusan Mahkamah Sesyen di sini, terhadap mereka pada 23 November.

Keputusan itu dibuat terhadap Muhammad Nurfazrie, 25, Muhamed Hazri Jumatli, 33, dan Mohd Salizam Salim, 28, yang didakwa secara bersama mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Mereka yang dihadapkan di depan hakim Noor Hafizah Mohd Salim sebelum ini, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit.

Ketiga-tiga tertuduh merompak dua remaja masing-masing berusia 18 dan 16 tahun, merampas dua beg sandang, dompet, kad ATM, wang tunai RM1,040 dan sebuah telefon bimbit.

Kesalahan dilakukan pada 19 Oktober tahun lalu jam 1 pagi di luar kedai biliard Pekan Lama Papar.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja mewakili pihak pendakwaan.

Dalam kes berasingan seramai 18 warga asing antaranya seorang wanita dikenakan penjara antara empat hingga lima bulan dan satu sebatan, kerana memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Semua tertuduh dijatuhkan hukuman itu oleh hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1987.

Bagaimanap­untiadaseb­atan dikenakan terhadap wanita dan mereka yang berusia 20 tahun ke bawah dan 50 tahun ke atas.

Mereka yang bekerja sebagai buruh, nelayan dan tukang kebun ditangkap pihak berkuasa pada sekitar November di daerah Papar, Kota Belud dan ibu kota di sini.

Salah seorang daripada mereka juga mendakwa memiliki kad IMM13 namun tamat tempoh.

Semasa rayuan, semua tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Azreena juga memerintah­kan mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat menjalani hukuman.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin bertindak untuk pihak pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia