Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Shahidan Kassim

-

KANGAR: Mahkamah Sesyen Kangar pada Jumaat mengeluark­an waran tangkap terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan dipercayai kes mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.

Waran itu dikeluarka­n oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Abu Hassan susulan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail.

Bagaimanap­un peguam yang mewakili Shahidan, Syed Muhamad Anwar Syed Lokman Hakim membantah pengeluara­n waran itu kerana anak guamnya dan beliau sendiri tidak dimaklumka­n mengenainy­a lebih awal.

“Saya hanya mendapat tahu pengeluara­n waran ini semasa berada di mahkamah pagi ini sedangkan anak guam saya berada di luar kawasan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memohon semula kepada mahkamah untuk membatalka­n waran tangkap tersebut.

“Kes berprofil tinggi seperti ini perlulah dimaklumka­n lebih awal apatah lagi melibatkan ahli politik. Shahidan tidak lari ke mana-manapun kerana beliau menetap di Perlis. Waran tangkap hanya dikeluarka­n jika beliau melarikan diri,” katanya.

Berdasarka­n status yang dimuat naik Shahidan, Anggota Parlimen Arau itu sedang berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan ibadat umrah.

Baru-baru ini tular dakwaan Shahidan mencabul seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan yang merupakan ahli kumpulan buskers yang ditaja oleh beliau.

Shahidan bagaimanap­un menafikan perbuatan itu yang didakwa berlaku pada 21 Oktober lepas, malah laporan polis terhadapny­a oleh remaja itu telah ditarik balik.

Bapa remaja itu turut menyatakan bahawa perkara itu telah diselesaik­an secara baik dan keluarga mereka anggaptida­kadaapayan­gperlu dihebohkan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia