Beri komitmen kerja terbaik kepada masyarakat

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pegawai penyelia pembangunan desa Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sabah disarankan untuk memberikan komitmen kerja terbaik kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan agama.

Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Azhar Matussin berkata, usaha itu bagi memastikan bahawa dasardasar pembangunan negara yang berasaskan daripada modal insan masyarakat yang dinamik dan produktif dapat dilaksanakan.

“Melalui pembentangan belanjawan baru-baru ini, kerajaan akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan.

“Usaha itu penting bagi pembangunan modal insan akan dilaksanakan dengan hubung kait Kemas dan pembangunan masyarakat,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Tugas Penyelia Pembangunan Desa Siri ke-2 di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, antara contoh sudut dalam konteks ini adalah terutamanya dalam menggerakkan masyarakat berteraskan kepada objektif Kemas sebagai nadi pembangunan luar bandar.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Pengarah Kemas Malaysia Datuk Amiruddin Ariffin dan Pengarah Kemas Sabah Sharulnizam Jantan.

AZHAR (tengah) menyaksikan Amiruddin (kiri) menerima cendera kenangan daripada Sharulnizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.