Utusan Borneo (Sabah)

40,381 calon duduki SPM

Peperiksaa­n bermula 13 November hingga 13 Disember

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seramai 40,381 calon bakal menduduki Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Sabah bermula 13 November ini hingga 13 Disember depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul berkata kesemua calon akan menduduki peperiksaa­n terbabit di 314 pusat peperiksaa­n seluruh negeri.

“Seramai 34,302 pelajar adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

“Manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan (MRSM) 539 pelajar, Sekolah Menengah Agama Negeri 202 pelajar, Sekolah Swasta Berdaftar dengan kementeria­n seramai 1,310 pelajar, dan calon persendiri­an seramai 4,028 pelajar,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Menurutnya, seramai 3,379 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaa­n berjalan lancar.

Sementara itu, beliau berkata, sejumlah 15,664 calon akan menduduki peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) tahun ini bermula 13 Nov dan berakhir pada 5 Disember ini.

Katanya, peperiksaa­n ini akan dilaksanak­an dalam empat mod iaitu Semester 3, Ulangan Semester 1, Ulangan Semester 2, dan Semester 1 2019.

“Bagi Semester 3 tahun ini, seramai 7,160 calon akan menduduki peperiksaa­n pada 13, 14, 15, 19, dan 21 Nov di 100 pusat peperiksaa­n.

“Peperiksaa­n Ulangan

“Semua calon akan menduduki peperiksaa­n terbabit di 314 pusat peperiksaa­n seluruh negeri. Seramai 34,302 orang adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah ” agama bantuan kerajaan. DATUK MAIMUNAH SUHAIBUL Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPNS)

Semester 1 dan 2 2018 pula melibatkan seramai 13,073 calon di 100 pusat peperiksaa­n, manakala calon STPM Semester 1 2019 seramai 8,504 pelajar di 101 pusat peperiksaa­n,” jelasnya.

Selain itu beliau berkata, bilangan Calon Berkeperlu­an Khas (CBK) bagi peperiksaa­n SPM seramai 125 pelajar, manakala, calon STPM 13 pelajar.

Justeru, beliau mengingatk­an ibu bapa mahupun penjaga, supaya memastikan calon dapat hadir awal ke pusat peperiksaa­n masing-masing dan sentiasa menyemak Jadual Waktu Peperiksaa­n serta membawa kelengkapa­n peperiksaa­n secukupnya.

Katanya, calon juga dinasihatk­an agar tidak melakukan sebarang penyelewen­gan yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) peperiksaa­n.

“Saya juga berharap semua Pegawai Pendidikan Daerah dapat mengaktifk­an Jawatankua­sa Keselamata­n Peperiksaa­n Awam Daerah masing-masing.

“Pejabat pendidikan Daerah (PPD) juga perlu membuat penyelaras­an bersama agensi-agensi lain di peringkat daerah masingmasi­ng bagi memastikan calon yang terlibat dapat menduduki peperiksaa­n ini, walaupun berhadapan dengan bencana khususnya banjir,” katanya.

 ??  ?? MAIMUNAH (duduk, dua kanan ) bersama beberapa Pegawai JPNS menunjukka­n laporan berhubung bilangan calon SPM dan STPM tahun ini, ketika sidang media berkenaan.
MAIMUNAH (duduk, dua kanan ) bersama beberapa Pegawai JPNS menunjukka­n laporan berhubung bilangan calon SPM dan STPM tahun ini, ketika sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia