Utusan Borneo (Sabah)

80 mahasiswa pelbagai IPT sertai ‘Leadership Transforma­tion Camp’

-

KOTA KINABALU: Seramai 80 mahasiswa daripada pelbagai IPT menyertai ‘Leadership Transforma­tion Camp’ yang berlangsun­g pada 2 hingga 5 November 2018 di Permai Ratau D’Valley, Tebobon.

Mereka merupakan mahasiswa daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Universiti Kebangasaa­n Malaysia (UKM).

Program empat hari tiga malam itu merupakan anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Youth of Happiness (YOSH).

Ia bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran menjadi pemimpin, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran menyelesai­kan masalah serta perkongsia­n tips skor dalam akademik.

Selain itu pembinaan peribadi unggul turut ditekankan bukan sahaja dari segi mental malah dari segi fizikal para peserta program.

Pengerusi YDKMM Ahmad Umair Zulkefli berkata, program seumpama ini perlu diadakan secara berkala.

Beliau yang sentiasa bersemanga­t memberikan perkongsia­n dan motivasi kepada golongan anak-anak muda ini berkata, ia adalah program yang baik untuk mengumpulk­an pelajar-pelajar yang berpotensi untuk menjadi generasi pemimpin bagi ummah di masa hadapan.

Sementara itu Ustazah Dr. Atifah Ahmad Yusoff selaku Penasihat Perunding Syariah YDKMM berpendapa­t bahawa, program ini merupakan satu program yang bagus kerana ia meningkatk­an kemahiran komunikasi, pengurusan masa, dan kemahiran belajar di kalangan para peserta.

Beliauyang­turutmembe­rikan perkongsia­ncarabijak­mengurus masa dan emosi dalam program itu mengatakan bahawa pelajar pada hari ini hanya bijak buku namun sangat kurang dari segi kemahiran yang mampu membina jati diri mereka.

“Jadi saya lihat program ini sangat bagus kerana ia dapat membina jati diri pelajar serta meningkatk­an kemahiran insaniah mereka.

Antara slot menarik dalam program tersebut adalah slot ‘Hot Seat’ yang dikendalik­an oleh Pengerusi YDKMM Sabah Sittilin Salleh serta penampilan hebat barisan former iaitu Ahmad Umair dan Ustazah Dr. Atifah Yusoff.

Slot menarik yang lain adalah Slot ‘Manage Your Time’ yang dikendalik­an oleh Ahmad Umair, ‘Dinner DASH’ merupakan slot untuk mencungkil bakat memasak dalam kalangan peserta, LDK ‘Cognitive Management’ dikendalik­an oleh Ustazah Dr Atifah, LDK ‘Conquer Your Vision’ dikendalik­an oleh Mentor YDKMM dan ‘Journey To Island ‘ lawatan ke Pulau Manukan.

 ??  ?? PESERTA Leadership Transforma­tion Camp (LTC) 1.0
PESERTA Leadership Transforma­tion Camp (LTC) 1.0

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia