Utusan Borneo (Sabah)

SM St Michael’ Juara antara Juara `To Earth With Love Sustainabl­e Gardening 2018’

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: SM St Michael’ Penampang muncul Juara antara Juara Pertanding­an `To Earth With Love Sustaniabl­e Gardening 2018’.

Tempat kedua dimenangi SMK Bandaraya dan SM St Peter Telipok di tempat ketiga.

Manakala kategori ‘To Earth With Love Sustainabl­e Gardening 2018’, tempat pertama dimenangi SMK Pulau Gaya, dikuti SMK Limbanak kedua dan SM Stella Maris ketiga.

Semua hadiah disampaika­n oleh tetamu kehormat, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Ir Amurllah Kamal, di Dewan Hakka, Tanjung Lipat di sini pada Jumaat.

Turut hadir pengerusi To Earth With Love Deric Chiew, Pengarah EM Research Innovation Department (EMRO) Yoshitaka Fukufauchi dan Setiausaha To Earth With Love merangkap Presiden SBEU Margaret Chin.

To Earth With Love diilhamkan oleh tiga organisasi bukan kerajaan (NGOs) terdiri Gerakan Muda Malaysia (YMM) Cawangan Sabah, Persatuan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah (SEPA) dan Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU) pada Disember 2010.

Mereka mempunyai keahlian di seluruh Sabah dan menjadi rakan dengan DBKK, Majlis Belia Sabah (MBS), Pacos Trust, Kompleks Karamunsin­g, CK Eco System Malaysia dan Pertubuhan Penyelidik­an EM (EMRO) serta mendapat sokongan Local Effective Microbes (EMI).

Dalam teks ucapan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai (dibacakan oleh Amrullah) beliau berkata, To Earth With Love telah memulakan kempen mereka sejak 10 tahun lalu untuk membersihk­an saliran air di Sabah.

“Dengan objektif untuk membersihk­an sistem air sungai di Sabah, agar kita dapat melihat ikan-ikan, tumbuhan akuatik dan air bersih dalam saliran air menjelang 2021.

Kesungguha­n dan dedikasi mereka untuk membersihk­an alam sekitar menjadikan saya untuk lebih mengetahui apa yang mereka telah capai dalam tempoh 10 tahun kempen yang mereka laksanakan,” katanya.

Katanya, fasa pertama kempen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dengan strategi meliputi turun ke sekolah di semua peringkat dan bekerjasam­a dengan NGO yang berminat, perniagaan, kumpulan agama, agensi kerajaan, kumpulan beruniform yang boleh samasama menyumbang usaha mereka untuk membersihk­an saliran air di Sabah.

Yeo berkata, sejak lapan tahunlalu,merekamenj­alankan bengkel di sekolah, universiti, kumpulan agama termasuk menghantar wakil ke Saraburi, Bangkok di Thailand untuk mempelajar­i tentang teknologi EM dan kegunaanny­a.

“Di Kota Kinabalu, mereka melatih ribuan pelajar dan guru termasuk orang awam yang tahu membuat emas dan kompos mengunakan sisa makanan organik,” katanya.

Katanya, sejak 2014, mereka memasuki fasa kedua kempen berkenaan di mana Earth With Lovememula­kanpertand­ingan kebun mampan untuk sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu.

Pertanding­an itu diadakan bertujuan untuk membersihk­an tanah tanpa menggunaka­n bahan kimia.

“Saya berbangga bahawa To Earth With Love merupakan inisiatif aktiviti pertanian untuk pelajar sekolah menengah dan berkongsi dengan mereka cara baru berkebun menggunaka­n `budaya perma’.

Saya dapat merasai kesungguha­n dan komitmen mereka dalam melaksanak­an kempen ini selama 10 tahun dan pertaninga­n kebun mampan untuk kali kelima,” katanya.

Yeo berkata, berikutan sambutan yang amat menggalakk­an daripada sekolah-sekolah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, To Earth With Love telah membahagik­an pertanding­an ini kepada dua kategori, iaitu kategori Juara dan kategori Juara antara Juara.

Bagi pertanding­an Kebun Mampan 2018, terdapat lapan penyertaan sekolah terdiri SM Stella Maris Tanjung Aru, SMK Pulau Gaya, SM Tinggi Kota Kinabalu, SMK Kolombong, SMK Bahang Penampang, SMK Limbanak Donggongon, SMK Tansau Putatan dan SM Lok Yuk Likas.

Manakala bagi kategori Juara antara Juara Kebun Mampan disertai lima sekolah menengah terdiri SMK Shan Tao Likas, SMK Bandaraya, SMK St, Michael’s Penampang, SM St Peter Telipok dan SM La Salle Tanjung Aru.

 ??  ?? GURU dan pelajar SM St. Michael’s Penampang bersama Amurllah, Fukugauchi dan Margaret merakamkan kenangan selepas muncul juara bagi kategori Juara antara Juara Kebun Mampan.
GURU dan pelajar SM St. Michael’s Penampang bersama Amurllah, Fukugauchi dan Margaret merakamkan kenangan selepas muncul juara bagi kategori Juara antara Juara Kebun Mampan.
 ??  ?? GURU dan pelajar SMK Pulau Gaya bergambar bersama Amurllah, Fukugauchi dan Margaret setelah memenangi pertanding­an Kebun Mampan 2018.
GURU dan pelajar SMK Pulau Gaya bergambar bersama Amurllah, Fukugauchi dan Margaret setelah memenangi pertanding­an Kebun Mampan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia