Utusan Borneo (Sabah)

Kekal momentum perkhidmat­an terbaik

-

KOTA KINABALU: Penjawat awam khususnya anggota Hospital Queen Elizabeth (HQE) disaran agar terus mengekalka­n momentum perkhidmat­an terbaik dan berkerja secara berpasukan dalam memberi perkhidmat­an kesihatan dan perubatan kepada masyarakat.

Pengarah HQE Dr. William Gotulis berkata, ekspektasi masyarakat terhadap perkhidmat­an hospital adalah tinggi dan setiap warga hospital perlu berusaha memberi perkhidmat­an yang terbaik secara berpasukan selain berazam mengatasi sebarang kelemahan.

Dr. William yang dilantik sebagai Pengarah Hospial Queen Elizabeth mengantika­n Dr. Heric Corray sejak Oktober lalu berkata demikian semasa menyampaik­an perutusan Sempena Majlis Sambutan Hari Radiologi Sedunia dan Perhimpuna­n Bulanan Hospital bertempat di Auditorium Bangunan Berkembar HQE pada pagi Rabu.

Katanya, perubahan dalam organisasi sentiasa berlaku dan sukar dielakkan.

Organisasi mungkin berubah dari segi struktur pentadbira­n dan kepimpinan namun, bagi mencapai matlamat yang sama dan satu, kerjasama semua pihak serta penglibata­n setiap individu adalah kaedah yang paling berkesan untuk terus maju ke hadapan.

“Kita bukan sahaja perlu komited memberi rawatan perubatan yang cekap, selamat danmengiku­tprotokolp­erubatan semasa malah mengutamak­an konsep penambahba­ikan secara berterusan khasnya ke arah pengiktira­fan dan persijilan akreditasi tahun hadapan,” jelasnya.

Tambahnya, organisasi yang berjayadal­ammisiperk­hidmatan adalah organisasi yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada matlamat yang ditetapkan tanpa menyimpang daripada peraturan, polisi dan akta sedia ada.

Hampir seluruh warga HQE terdiri ketua-ketua Jabatan dan Unit serta pegawai-pegawai kanan hospital hadir pada majlis perhimpuna­n dan sambutan Hari Radiologi Sedunia peringkat HQE.

Majlis turut menyaksika­n upacara lafas Ikrar seluruh warga HQE serta penyampaia­n sijil kecemerang­an kalangan anggota Jabatan Radiologi.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Klinikal II Dr. Irene Chau, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Jasnawati Jasmin serta Ketua Jabatan Radiologi Dr. Fatimah Hussin.

 ??  ?? DR. William (tengah) mengetuai upacara lafas Ikrar Perkhidmat­an Awam bersama-sama pegawai kanan dan seluruh anggota HQE.
DR. William (tengah) mengetuai upacara lafas Ikrar Perkhidmat­an Awam bersama-sama pegawai kanan dan seluruh anggota HQE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia