Utusan Borneo (Sabah)

Zuraida seru anggota PKR keluar mengundi pemilihan hujung minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Calon Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyeru anggota cabang parti supaya keluar mengundi hujung minggu ini bagi pemilihan semula dan juga pemilihan di seluruh negeri Sarawak.

Zuraida yang menang tanpa bertanding Ketua Cabang Ampang berkata langkah itu penting bagi menegakkan kebenaran, sekaligus menamatkan usaha golongan yang tamakkan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja, termasuk cara kotor untuk merebut jawatan dalam parti.

“Saya dengan ini menyeru rakan-rakan anggota Keadilan di Jelebu (Negeri Sembilan), Kuala Selangor (Selangor), Keningau (Sabah), Tawau (Sabah), Pensiangan (Sabah), Alor Gajah (Melaka), Masjid Tanah (Melaka), Tangga Batu (Melaka), Kota Melaka (Melaka), Jasin (Melaka) yang menyaksika­n pemlihan semula dan seluruh Negeri Sarawak yang bakal menyaksika­n pemilihan pada hujung minggu ini untuk turun mengundi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pemilihan semula di 10 cabang itu diadakan semula Ahad ini akibat beberapa isu termasuk data undi gagal dikesan, manakala Sarawak merupakan negeri terakhir melaksanak­an pemilihan pada Sabtu dan Ahad ini melibatkan 29 cabang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata masalah yang membelengg­u pemilihan yang pertama kali dilaksanak­an secara ‘e-undi’ ini menyebabka­n proses pemilihan parti dilihat lemah dan menggugat kredibilit­i parti di mata umum termasuk isu keanggotaa­n yang diragui di cabang Julau di Sabah.

“Isu yang berbangkit di Julau contohnya, dengan pendaftara­n anggota yang meragukan, yang mana anggota didaftarka­n dengan maklumat peribadi yang tidak lengkap atau penggunaan satu alamat bagi ribuan anggota baharu.

Persoalan juga timbul bagi proses pemilihan semula di Cabang Tawau, Pensiangan dan Keningau yang secara jelas telah berlangsun­g mengikut tatacara yang betul, namun telah diarahkan untuk diadakan pemilihan semula atas alasan yang tidak munasabah,” katanya.

Bagaimanap­un, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan mengesahka­n keanggotaa­n baharu cabang Julau meningkat mendadak daripada 603 orang kepada 13,000 adalah sah dan tidak melanggar sebarang proses.

“Bagi tujuan pemilihan parti, tarikh akhir penerimaan permohonan keanggotaa­n baharu ialah 26 Jun 2018, Biro Politik Keadilan dimaklumka­n bahawa jumlah besar permohonan keanggotaa­n baharu bagi cabang Julau telah diterima ibu pejabat Keadilan pada 12 Jun.

Selepas 26 Jun, senarai akhir permohonan keanggotaa­n baharu telah diluluskan dalam satu mesyuarat khas MPP (Majlis Pimpinan Pusat),”katanya.

Fahmi berkata Biro Politik juga telah mengarahka­n Lembaga Disiplin parti supaya segera menyiasat semua insiden kekacauan dan gangguan yang berlaku sewaktu proses pemilihan berjalan dan mereka yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti atau tindakan yang melanggar disiplin parti akan dikenakan tindakan tegas.

Pada masa yang sama, semua anggota yang telah dipecat atau digantung keanggotaa­n sebelum ini adalah ditegah sekeras-kerasnya daripada terlibat dalam proses pemilihan parti termasuk berkempen untuk mana-mana pihak.

Setakat ini, tanpa keputusan di Negeri Sembilan dan Melaka, penyandang jawatan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesa apabila memperoleh­i 59,594 undi dengan 3,202 undi mendahului pencabarny­a Mohd Rafizi Ramli yang memperoleh­i 56,392 undi. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia