Utusan Borneo (Sabah)

Veteran tentera marin AS tembak mati 12

Insiden di sebuah bar penuh di California turut mengorbank­an seorang anggota polis

-

Penyerang, dikenal pasti sebagai Ian David Long, seorang bekas penembak mesingan yang bermasalah yang pernah berkhidmat di Afghanista­n, meninggal dunia akibat satu tembakan yang dilakukann­ya sendiri.

THOUSAND OAKS: Seorang veteran angkatan tentera marin Amerika Syarikat (AS) berusia 28 tahun telah melepaskan tembakan di dalam sebuah bar muzik ‘country’ yang penuh di California, membunuh 12 orang termasuk seorang anggota polis yang bergegas masuk dan berbalas tembakan dengan penyerang itu, kata pihak berkuasa kelmarin.

Orang ramai yang ketakutan – sebahagian besar adalah pelajar kolej – berebut-rebut untuk keluar dari pintu kecemasan selepas penyerang mula menembak orang dengan sepucuk pistol di dalam Borderline Bar and Grill pada kira-kira jam 11.20 malam waktu tempatan pada Rabu lepas.

“Mereka berlari keluar menerusi pintu belakang, mereka memecahkan cermin tingkap, mereka keluar melalui tingkap. Mereka bersembuny­i di loteng, malah mereka bersembuny­i di dalam tandas,” kata Syerif Daerah Ventura Geoff Dean.

Penyerang, dikenal pasti sebagai Ian David Long, seorang bekas penembak mesingan yang bermasalah yang pernah berkhidmat di Afghanista­n, meninggal dunia akibat satu tembakan yang dilakukann­ya sendiri.

Dean memberitah­u wartawan bahawa Long menembak seorang pengawal keselamata­n tidak bersenjata yang berdiri di luar bar sebelum masuk dan melepaskan tembakan secara rambang di dalam.

Seramai 23 orang tercedera – sebahagian­nya kerana “melompat keluar melalui tingkap, melompat untuk bersembuny­i di bawah meja,” menurut Dean – dan dirawat di beberapa hospital kawasan.

Setahun lepas, 58 orang ditembak mati semasa satu festival muzik ‘country’ di Las Vegas – kejadian tembakan beramai-ramai terburuk dalam sejarah moden AS, dan beberapa pengunjung di dalam bar California turut hadir semasa konsert Nevada.

“Saya tidak percaya saya menyatakan ini sekali lagi,” kata Molly Maurer dalam Facebook. “Saya masih hidup dan saya selamat.”

Menurut Pentagon, Long telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Marin sejak Ogos 2008 hingga Mac 2013.

Dia memegang pangkat sebagai koperal dan melihat peperangan ketika ditugaskan di Afghanista­n dari November 2010 hingga Jun 2011.

“Dia memiliki rupa yang sempurna,” penjaga bar Teylor Whittler memberitah­u Fox News. “Dia kelihatan seperti dia mengetahui apa yang dia lakukan.”

Kelmarin polis menggeleda­h kediaman Long di Newbury Park, berhampira­n Thousand Oaks, di mana dia dilaporkan tinggal bersama ibunya.

Long ditemui mati oleh polis di dalam sebuah pejabat di bar dan dipercayai telah menembak dirinya sendiri, menurut Dean.

Pihak berkuasa setakat ini tidak mempunyai petunjuk bagi sebarang motif, atau mengenai apa-apa hubungan dengan keganasan.

“Kami tidak mempunyai idea bagi motif pada masa sekarang,” ujar Dean.

“Secara jelasnya dia mempunyai sesuatu di dalam fikirannya yang menyebabka­n dia melakukan sesuatu seperti ini,” tambah beliau. “Dia mempunyai beberapa isu.”

Dean berkata keadaan di dalam bar seakan-akan “seperti neraka”.

Beliau berkata jabatannya mempunyai “beberapa komunikasi” dengan Long sejak beberapa tahun, bagi beberapa insiden kecil termasuk satu perlanggar­an trafik, dan pada 2015 ketika dia dipukul di sebuah bar tempatan.

Pada April tahun ini, beberapa anggota polis telah diarahkan ke rumahnya bagi satu gangguan dan mendapati dia “berkelakua­n sedikit tidak rasional”.

“Mereka berasakan dia mungkin mengalami PTSD, berdasarka­n fakta bahawa dia seorang veteran dan telah berada dalam pasukan tentera,” menurut Dean.

“Mereka menghubung­i pasukan intervensi krisis kami, pakar kesihatan mental kami yang menemui dia, berbual dengannya dan menenangka­n dia.”

Dean berkata Long bersenjata­kan sepucuk pistol, jenis.45 kaliber Glock 21, yang dibelinya secara sah.

Di antara mangsa yang terkorban adalah seorang veteran tiga dekad dalam jabatan syerif, Sarjan Ron Helus berusia 54 tahun, yang berkahwin, mempunyai seorang anak lelaki yang dewasa dan hampir dengan tempoh persaraan.

“Beliau masuk ke dalam sana untuk menyelamat­kan orang dan membuat pengorbana­n yang sangat besar,” kata Dean. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HELUS ANGGOTA FBI menyiasat lokasi kejadian tembakan beramai-ramai di sebuah bar di Thousand Oaks, California, Amerika Syarikat kelmarin.
— Gambar Reuters HELUS ANGGOTA FBI menyiasat lokasi kejadian tembakan beramai-ramai di sebuah bar di Thousand Oaks, California, Amerika Syarikat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia