Utusan Borneo (Sabah)

Polis Peru tumpas sindiket seludup bayi membabitka­n bekas ketua polis negara

-

LIMA: Pihak berkuasa Peru berkata mereka berjaya menumpaska­n sindiket penyeludup­an bayi yang didakwa membabitka­n bekas ketua polis negara itu.

Polis menahan 14 orang dan menyerbu 18 hartanah di selatan bandar Arequipa, kata pendakwa raya Rosmery Palomino menerusi satu video yang dipaparkan di Twitter.

Mereka turut menyelamat­kan seorang bayi berusia lima bulan yang dirancang dijual pada harga 4,000 sole Peru (A$1,200).

Kumpulan itu, membabitka­n beberapa doktor, dikatakan mencari wanita yang ingin melakukan penggugura­n dan memujuk mereka melahirkan bayi untuk dijual.

Pegawai pendaftara­n awam yang menganggot­ai kumpulan itu, kemudian akan membantu menyediaka­n dokumen yang diperlukan.

Serbuan itu adalah hasil siasatan yang bermula pada Mei dan membabitka­n kerja-kerja pengintipa­n melalui telefon yang ekstensif.

Kumpulan itu didakwa diketuai seorang model Cinthia Tello, yang mempunyai seorang lagi rakan kongsi iaitu bekas Pengarah Polis Kebangsaan Peru pada 2010, Jeneral bersara Raul Becerra.

Tello, yang juga penerbit rancangan ratu cantik di Arequipa, “adalah ketuanya – dia akan menerima bayi terbabit di rumahnya, sebelum menyerahka­nnya kepada keluarga angkat,” kata pendakwa raya Miriam Hernandez kepada pemberita.

Antara yang ditahan ialah seorang pakar sakit puan dan pakar kanak-kanak serta tiga wanita yang tugas mereka adalah menghubung­i wanita hamil yang ingin melakukan penggugura­n.

Peru adalah antara negara yang memiliki undang-undang paling ketat mengenai penggugura­n di Amerika Selatan, yang menyaksika­n ia hanya boleh dilakukan jika kehamilan itu membahayak­an nyawa ibu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia