Utusan Borneo (Sabah)

Lapan bekas tentera Islam Bosnia dituduh bunuh orang awam Croat

-

SARAJEVO: Lapan bekas anggota tentera yang berjuang bersama pasukan tentera Islam Bosnia telah ditangkap kelmarin atas tuduhan membunuh orang awam Croat dan tahanan tentera semasa perang antara etnik pada 1990, kata pihak berkuasa.

Suspek, yang termasuk bekas komander tentera, dituduh membunuh dua wanita dan sekurang-kurangnya 12 anggota tentera Croatia yang ditahan di perkampung­an Krizancevo Selo di Bosnia pada 1993, menurut pendakwa raya negara dalam satu kenyataan.

Suku abad selepas peperangan, tiada sesiapa yang pernah disabitkan bagi pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di sana, salah satu kekejaman paling teruk dilakukan terhadap penduduk Croatia Bosnia semasa konflik.

Kampung itu diserang pada 22 Disember, 1993 oleh pasukan tentera Islam Bosnia, termasuk satu unit pejuang sukarelawa­n asing Islam yang berjuang bagi pihak mereka semasa peperangan 1992-1995.

Pada hari yang sama 34 anggota tentera Croatia dan orang awam yang ditahan, termasuk wanita dan warga emas, telah dibunuh di kampung tersebut.

“Kesemua mayat memiliki kesan diseksa dan dicacat-kan,” kata pendakwa raya.

Walaupun penduduk Croatia dan Islam bekerjasam­a menentang Serbia Bosnia semasa peperangan, mereka turut menentang satu sama lain selama 11 bulan pada 1993 dan 1994.

Konflik tersebut meragut 100,000 nyawa dan jutaan hilang tempat tinggal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia