Utusan Borneo (Sabah)

Bom kereta pertama meledak di Mosul sejak pengusiran IS, tiga maut

-

MOSUL: Sebuah bom kereta telah mengorbank­an tiga orang di Mosul, Iraq kelmarin, kata pegawai perubatan dan keselamata­n – serangan pertama seumpamany­a sejak pejuang jihad dihalau keluar dari bandar itu pada tahun lepas.

Kumpulan Negara Islam (IS), yang pernah mengawal sebuah “kerajaan” di antara sempadan menempatka­n jutaan, telah hilang kawalan ke atas Mosul dan kubu kuat bandar yang lain pada 2017 namun ia terus melancarka­n serangan gaya gerila di sekitar Iraq.

Kelmarin, sebuah bom kereta meletup pada masa makan malam di sebuah restoran di bahagian barat yang dilanda peperangan di bandar kedua Iraq.

“Satu serangan pengganas melalui bom kereta telah berlaku berhampira­n sebuah restoran di barat Mosul,” menurut perkhidmat­an keselamata­n Iraq dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media.

Letupan mengorbank­an tiga orang dan mencederak­an 12 lagi, seorang pegawai keselamata­n memberitah­u AFP. Seorang sumber perubatan mengesahka­n angka tersebut.

Tidak dapat menyatakan sama ada mangsa adalah orang awam atau anggota tentera, namun beberapa saksi di Mosul berkata restoran itu terkenal sering dikunjungi oleh kakitangan keselamata­n.

Tiada pengakuan segera bagi siapa yang bertanggun­gjawab ke atas letupan itu.

IS telah menawan Mosul pada 2014, mengubah bandar utara itu menjadi sebuah ibu negara de facto Iraq sehingga pihak tentera kerajaan menawan ia semula pada Julai 2017.

Beberapa bulan kemudian, kerajaan Iraq mengumumka­n bahawa ia telah menewaskan sepenuhnya IS.

Namun kumpulan itu masih lagi melakukan serangan langgar lari berdarah terhadap orang awam dan bangunan kerajaan, kebanyakan di lembah pergununga­n di utara dan di kawasan gurun sepanjang sempadan barat dengan Syria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia