Utusan Borneo (Sabah)

Atlet Sabah sedia beri cabaran

Kejohanan Ironman Langkawi 2018

- DR NIZAM menamatkan acara Triathlon Iskandar Puteri Challenge.

KOTA KINABALU: Kejohanan Ironman akan berlangsun­g di Langkawi, Kedah pada 17 November 2018 ini.

Triathlon merupakan kombinasi tiga sukan iaitu berenang, berbasikal dan berlari.

Peserta perlu berenang sejauh 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan juga berlari sejauh 42km.

Peserta perlu menghabisk­an kesemua disiplin dalam masa 17 jam.

Pada Kejohanan Ironman kali ini, lebih dua ribu peserta dari seluruh dunia bertanding di mana penyertaan peserta tempatan telah meningkat dari

400 ke 700 orang.

Pada tahun ini seramai 15 atlet triathlon Sabah akan menyertai kejohanan ini.

Kebanyakka­n mereka telah berlatih sepanjang tahun dan juga menyertai beberapa kejohanan di dalam dan luar negara.

Salah seorang atlet wanita Sabah yang bakal memberikan cabaran ialah Pamela Fletcher, 52, yang menyertai ironman buat kali pertama.

Menurut Pamela, beliau mengambil masa selama satu tahun dalam persiapan fizikal dan mental untuk menyertai Ironman 2018.

Persiapan rapi adalah dari sudut pemakanan sebelum dan selepas latihan, tidur yang mencukupi, dan latihan yang mencukupi.

Beliau juga telah membuat persediaan dari segi makanan dan minuman untuk 17 jam semasa pertanding­an berjalan.

“Saya berharap dalam pertanding­an ini akan dapat mencapai matlmat untuk menghabisk­an semua acara hingga ke garisan penamat,” katturut anya.

Seorang lagi peserta iaitu Dr Mohamad Nizam Nazarudin dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut akan bertanding buat pertama kalinya. Beliau yang bermula dengan sukan duathlon telah mengambil keputusan untuk menambahka­n satu lagi disiplin iaitu renang dalam sukan beliau.

Selain jadual latihan yang padat, beliau menyertai pertanding­an triathlon sebagai persediaan seperti Port Dickson Internatio­nal Triathlon, Iskandar Puteri Challenge, dan Tri Factor Internatio­nal Triathlon 2018.

Pelbagai kaedah latihan yang melibatkan sains sukan telah diaplikasi­kan sepanjang latihan dan pertanding­an yang beliau sertai.

Beliau turut berharap agar dapat tamat sebelum tempoh yang ditetapkan.

Pasukan Sabah di bawah payung Sabah Triathlon Associatio­n turut disertai oleh nama yang tidak kurang hebatnya dalam sukan triathlon Malaysia seperti Ahmadul Tahir, Bonaventur­e George, Md Joh Wid, Masdi Ahmad, Anslem Tan dan Ahmad Marzuki Nasir.

Dijangka akan ada atlet Sabah yang menyinar di kejohanan pada tahun ini.

 ??  ?? DR NIZAM menyertai pertanding­an Triathlon dalam acara berlari sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan Ironman Langkawi 2018.
DR NIZAM menyertai pertanding­an Triathlon dalam acara berlari sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan Ironman Langkawi 2018.
 ??  ??
 ??  ?? DR NIZAM dan Pamela berlatih berenang bersama jurulatih Stephanie Chok di Outdoor Developmen­t Centre (ODEC) Universiti Malaysia Sabah.
(Gambar kanan) SESI latihan fizikal di Physical Fitness & Rehab Centre.
DR NIZAM dan Pamela berlatih berenang bersama jurulatih Stephanie Chok di Outdoor Developmen­t Centre (ODEC) Universiti Malaysia Sabah. (Gambar kanan) SESI latihan fizikal di Physical Fitness & Rehab Centre.
 ??  ?? SESI latihan berbasikal di Physical Fitness & Rehab Centre.
SESI latihan berbasikal di Physical Fitness & Rehab Centre.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia