Utusan Borneo (Sabah)

SMK Bandau, SK Samparita juara merentas desa MSSD Kota Marudu

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Larian bergaya dan bertenaga barisan pelari jarak jauh SMK Bandau berjaya mempamerka­n kehebatan dengan menguasai acara merentas desa Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di sini bagi kategori Perempuan 18 tahun (P18), P15 dan Lelaki 15 tahun (L15).

Pengetua SMK Bandau Halim Bidin yang hadir sama menyaksika­n larian MSSD berlangsun­g di SK Langkon itu menyifatka­n Eliza Lai Nyuk Len yang menjadi johan P18 dan Elsie Jumair di tempat ketiga sebagai mutiara yang sedang berkilau.

“Manakala Trenlianah Eduardus dari SMK Kota Marudu II yang sebelum ini mewakili daerah ke Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) sekadar menang di tempat kedua,” katanya.

SMK Bandau turut membolot johan dan naib johan kategori P15 melalui pelarinya Afaridah Rika Jansan di tempat pertama disusuli Ripa Kuamon tempat kedua dan mengetepik­an pencabar tuan rumah, Recianih Mailes di tempat ketiga.

Larian itu dilepaskan Pegawai Pendidikan Daerah Datu Akjan Basara tepat 8.00 pagi di Jalan Kota Marudu – Langkon yang menyaksika­n penyertaan 27 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah di sini.

Penguasaan SMK Bandau terus menyerlah apabila Kerui Jamiun menjuarai kategori L15 yang dicabar sengit Mohamud Shamirul Junqadre dari SMK Tandek di tempat kedua dan Jonelldey John dari SMK Bengkongan di tempat ketiga.

Dalam saingan kategori L12, ayam tambatan SJKC Khoi Ming, Max de Frangco gagal mencapai sasaran apabila akur dengan kepantasan pelari dari SK Samparita, Vekery Jainol yang meninggalk­an 125 pelari lain dalam kategori sama.

Naib johan dimenangi Mohd Adam Haikal dari SK Tumunda Salimandut dan Cheristope­r Japri dari SK Samparita di tempat ketiga. SK Samparita dinobatkan pasukan juara keseluruha­n.

Bagi larian P12, Eabyliana

ATLET P15 SMK Bandau Afrina, Ripa dan Recianih.

Emelend dari SK Tamuno Taringai menang di tempat pertama, disusuli Kristina Lonju dari SK Tagibang di tempat kedua dan Cenndy Bibson dari SK Samparita di tempat ketiga.

Guru Besar SK Tagaroh, Hajah Aidah yang juga pengelola kejohanan menyatakan larian itu berjalan lancar meskipun wujud sedikit kekeliruan tentang ‘checkpoint’ kategori L18 sehingga memaksa larian itu dijalankan semula bagi menentukan wakil ke MSSN.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Akdan berkata sukan mampu mencetus semangat tinggi persaingan sihat di samping mencungkil atlet baru untuk membawa harapan dan mengangkat nama daerah ke MSSN, seterusnya memperbaik­i pencapaian Kota Marudu di tempat keempat tahun lalu.

Akdan meminta para atlet agar terus berusaha mencapai impian dan matlamat sukan bagi menjana inspirasi negara mencapai keunggulan sukan. KOTA BHARU: Peserta sukan seni bela diri Muay Thai berpeluang menguji kebolehan mereka dalam Muay Thai Fight Night yang akan diadakan 14 Dis depan.

Pengurus Besar Bardgym, Mohd Badrul Insan Kauzi berkata pertanding­an itu terbuka kepada peserta amatur yang belum pernah menyertai mana-mana kejohanan.

“Setakat ini, 24 peserta beberapa kelab Muay Thai dari Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur sudah mendaftark­an diri menyertai kejohanan tersebut.

“Ini kali pertama kami membuat pertanding­an sebegini untuk mencungkil bakat kerana kita tahu ramai peserta di luar yang mahir selepas berlatih sekian lama namun tidak berpeluang menonjolka­n kebolehan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata hanya satu kategori dipertandi­ngkan, 45 kilogram (kg) hingga 70kg dan terbuka kepada peserta lelaki berusia 16 tahun ke atas.

“Lima pengadil bertauliah daripada Persatuan Muay Thai Malaysia akan mengadili pertanding­an berkenaan selain peserta dilengkapk­an dengan alat perlindung­an bagi mengelak sebarang kecederaan serius serta disediakan pasukan perubatan.

“Idea bagi menganjurk­an perlawanan tersebut muncul apabila kami melihat orang ramai semakin berminat dalam seni bela diri ini selepas Khabib Nurmagomed­ov mengalahka­n Connor McGregor dalam Kejohanan Ultimate Fighting (UFC) baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata kejohanan itu akan diserikan dengan pertunjuka­n daripada juara Muay Thai Pattaya, Mohamad Shaari atau lebih dikenali dengan nama Domak. Bernama NEW DELHI: Kapten pasukan kriket India Virat Kohli dikecam teruk selepas mengesyork­an mereka yang menyokong pemain asing tidak sepatutnya tinggal di negara itu.

Kohli, pemukul tersohor yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial, dalam rakaman video telah membacakan mesej dalam talian daripada seorang peminat kriket yang dilihat telah menyinggun­gnya.

“Pemukul yang diberikan pujian berlebih-lebihan dan saya secara peribadi melihat tiada yang istimewa dalam pukulan dilakukann­ya (Kohli). Saya lebih seronok menyaksika­n aksi pemukul England dan Australia daripada pemukul India,” Kohli membacakan mesej pencinta kriket itu menerusi telefon bimbitnya.

Kemudian beliau memberikan respons: “Okay, dengan itu saya fikir anda tidak patut tinggal di India, anda patut pergi dan tinggal di tempat lain, tidak? Kenapa anda tinggal di negara kita dan sayangkan negara lain? Saya tidak kisah anda tidak sukakan saya tetapi saya fikir anda tidak patut tinggal di negara kita dan menyukai benda lain. Pastikan keutamaan anda betul,” katanya. - Bernama

 ??  ?? KONTINJEN merentas desa bersama pegawai, jurulatih dan pengelola.
KONTINJEN merentas desa bersama pegawai, jurulatih dan pengelola.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia