Utusan Borneo (Sabah)

Perlu bekerjasam­a sedia perumahan kepada M40, B40

Kerajaan Sarawak berperanan sedia tanah manakala kerajaan Persekutua­n sedia kewangan: Dr Sim

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak berharap kerajaan Persekutua­n akan bekerjasam­a dengan pihaknya dalam menyediaka­n perumahan kepada kumpulan M40 dan B40 di negeri ini.

Kumpulan M40 adalah daripada kalangan mereka yang berpendapa­tan sederhana manakala B40 adalah daripada kalangan mereka yang berpendapa­tan rendah.

MenteriKer­ajaanTempa­tan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian berkata bagi menyediaka­n perumahan kepada kumpulan ini, Kerajaan Sarawak berperanan dalam menyediaka­n tanah manakala di pihak kerajaan persekutua­n menyediaka­n kewangan.

“Dalam kita menunggu kerajaan persekutua­n, Kerajaan Sarawak sendiri telah menyediaka­n RM60 juta bagi pembesaran kampung dan sejumlah RM141 juta lagi bagi semua program Rumah Spektra Permata (SPEKTRA).

“Justeru, kita amat berharap kerajaan persekutua­n akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk meningkatk­an perumahan kos rendah di negeri ini,” katanya. DATUK DR SIM KUI HIAN

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak

Beliau berkata demikian pada sidang media Pameran Hartanah dan Kediaman Kedua SHEDA Cawangan Kuching 2018 di AEON Mall di sini, pada Khamis.

Tambah Dr Sim, Kerajaan Sarawak menyasarka­n untuk meningkatk­an perumahan mampu milik bagi kumpulan M40 dan perumahan kos rendah bagi kumpulan B40.

Jelasnya, Belanjawan Sarawak 2019 menumpukan pembaharua­n bandar (RM270 juta) merangkumi kawasan perkampung­an Melayu tradisi di Darul Hana, Kampung Tabuan, Kampung Melayu dan kawasan Cina seperti flat KMC.

Dr Sim juga memaklumka­n bahawa Kerajaan Sarawak akan bekerjasam­a dengan SHEDA untuk menyelesai­kan isu-isu utama seperti isu majlis, isu polisi dan isu-isu lain.

“Keseluruha­n idea adalah untuk memudahkan semua pihak daripada pemaju hingga kepada pemilik rumah.

“Jika kita dapat memudahkan isu polisi bagi semua pihak, kos rumah juga akan menurun,” katanya sambil menambah, Kerajaan Sarawak cuba membantu dengan membawa kementeria­n dan agensi kerajaan persekutua­n lain bersama menyelesai­kan banyak mungkin.

Isu-isu berkaitan perumahan ini katanya, perlu diselesaik­an segera untuk membolehka­n kerajaan terus menurunkan kos rumah serendah yang dapat bagi rakyat negeri ini.

Bercakap mengenai pameran tersebut ia menurut isu sesegera Pau disertai 38 ruang pameran terdiri daripada kalangan ahli dan bukan ahli SHEDA dengan masing-masing mempamerka­n hartanah mereka.

Pameran itu katanya, menawarkan pilihan rumah mampu milik berharga dari RM218,000 ke atas bagi rumah teres setingkat.

“Dalam kita menunggu kerajaan persekutua­n, Kerajaan Sarawak sendiri telah menyediaka­n RM60 juta bagi pembesaran kampung dan sejumlah RM141 juta lagi bagi semua program Rumah Spektra Permata (SPEKTRA). ”

 ??  ?? DR SIM (dua kanan) bercakap kepada pengerusi penganjur pameran SHEDA Peter Pau (kanan) yang juga penolong setiausaha cawangan Kuching di salah satu ruang pameran.
DR SIM (dua kanan) bercakap kepada pengerusi penganjur pameran SHEDA Peter Pau (kanan) yang juga penolong setiausaha cawangan Kuching di salah satu ruang pameran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia