Utusan Borneo (Sabah)

Beri penekanan kepada pembentuka­n keperibadi­an pelajar: Lau

-

SIBU:Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua Temenggung Datuk Vincent Lau menyeru sekolah memberi lebih penekanan kepada pembentuka­n keperibadi­an pelajar.

Beliau berkata, pendidikan yang baik bukan setakat mendapat keputusan peperiksaa­n yang baik tetapi keperibadi­an pelajar itu juga penting.

Katanya, pihak sekolah perlu mendidik pelajar mengenai nilai murni yang patut ada dalam diri pelajar itu sendiri.

“Kita harus mendidik pelajar mengenai nilai-nilai seperti prihatin, jujur, bertanggun­gjawab dan lebih penting menjadi seorang warganegar­a berguna,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sijil dan Hadiah SMK Tung Hua 2018 di sini, pada Khamis.

Lau berkata, golongan muda tidak harus terlalu taksub dalam mengejar pencapaian diri dan kekayaan sehingga lupa untuk menyumbang balik kepada masyarakat.

Katanya, sekiranya semua pelajar melakukan kebaika, ia akan memberi impak besar kepada masyarakat dan negara secara keseluruha­n.

“Ibu bapa bekerja keras dalam masa panjang sementara pelajar belajar bersungguh-sungguh dan meluangkan masa lama di sekolah selain mengikuti kelas tambahan serta aktiviti kokurikulu­m,” ujarnya.

Golongan muda turut meluangkan banyak masa bermain permainan komputer serta melayari media sosial berbanding meluangkan masa bersama ibu bapa atau ahli keluarga.

 ??  ?? LAU (kanan) dan Goi (kiri) bersama dua orang pelajar contoh SMK Tung Hua, Cecilia Lau (dua kiri) dan Eldon Lee di Sibu.
LAU (kanan) dan Goi (kiri) bersama dua orang pelajar contoh SMK Tung Hua, Cecilia Lau (dua kiri) dan Eldon Lee di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia