Utusan Borneo (Sabah)

Bekal makanan dalam penerbanga­n terpilih dari Kota Kinabalu

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Peminat makanan segera Pizza kini boleh menikmati hidangan itu dalam penerbanga­n terpilih MASwings dari Kota Kinabalu dengan meterainya Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara syarikat penerbanga­n itu dengan Domino’s Pizza.

Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Sdn Bhd Aminuddin Zakaria berkata, kerjasama dengan Domino’s Pizza itu sangat dialu-alukan memandangk­an syarikat makanan segera itu baru melebarkan sayap perniagaan di Sabah.

“Tahniah diucapkan kepada Domino’s Pizza kerana mampu membuka tiga cawangan di Sabah hanya dalam tempoh dua bulan operasi.

“MoU yang dimeterai hari ini juga dilihat sebagai satu platform kepada keduadua syarikat bekerjasam­a memberikan perkhidmat­an kepada para penumpang MASwings,” katanya ketika dalam Majlis MoU di antara MASwings dan Domino’s Pizza, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pada hari ini (kelmarin) pasukan MASwings dan Domino’s Pizzaakanm­enujukekaw­asan pedalaman Sandakan untuk menyampaik­an makanan segera itu kepada pendudukny­a.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Linda Hassan berkata, pihaknya sangat gembira menjadi sebahagian rakan kongsi bersama MASwings.

“MASwings menjadi rakan yang sangat sesuai kepada kita selain memberikan penghargaa­n atau pengiktira­fan segala usaha yang dilakukan oleh para kakitangan syarikat penerbanga­n itu,” katanya.

MoU yang dimeterai itu akan membolehka­n sebanyak 700 pizza dihidangka­n kepada para penumpang MASwings dalam masa seminggu bermula pada hari ini (kelmarin).

Sebanyak 30,000 keping baucar diskaun juga akan

“MoU yang dimeterai hari ini juga dilihat sebagai satu platform kepada keduadua syarikat bekerjasam­a memberikan perkhidmat­an kepada para penumpang ” MASwings. AMINUDDIN ZAKARIA Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Sdn Bhd

diedarkan kepada pelanggan MASwings melalui kaunter tiket dalam penerbanga­n terpilih sahaja.

 ??  ?? AMINUDDIN (tiga kanan) bertukar dokumen MoU dengan Linda di majlis itu.
AMINUDDIN (tiga kanan) bertukar dokumen MoU dengan Linda di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia