Utusan Borneo (Sabah)

Ford Ranger facelift 2019 kini di Sandakan

Pelancaran jentera baharu dengan pakej yang dikemaskin­i

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Sime Darby Auto Connexion (SDAC) secara rasminya telah melantik Boston Auto Sdn Bhd sebagai pengedar Jualan dan Perkhidmat­an 3S yang bertauliah bagi pasaran Sandakan.

Bersempena dengan pelantikan ini, Boston Auto Sdn Bhd telah memberikan keistimewa­an untuk melancarka­n Ford Ranger facelift 2019 yang baharu di Sandakan - ia merupakan penaiktara­f kedua untuk T6, yang pertama kali pada tahun 2015, tetapi kali ini kelihatan lebih menyeluruh, dengan memperkena­lkan powertrain dan transmisi baharu sebagai sebahagian daripada kemaskini pakejnya.

Barisan Ranger tempatan akan terdiri daripada lima model teras - empat adalah unit pengawalan High Rider, XL, XLT, Wildtrak dan varian XLT Plus baharu.

Anggaran harga daripada 2.2L Single Cabin adalah RM96,388 hingga anggaran tertinggi 2.0L Bi-turbo dengan 10-kelajuan transmisi automatik Ranger Wildtrak pada harga RM150,388.

Varian ranger terbaharu kami XLT+ (XLT PLUS), dilengkapi dengan semua 2.0L Si-Turbo baharu, di mana ia menolak 180 PS dan 420 Nm tork dari 1,750 hingga ke 2,500 rpm.

XLT+ hanya boleh didapati dalam bentuk automatik, dan di sini,enjinbahar­ujugamenda­pat transmisi perkongsia­n yang baharu, kotak gear automatik 10-kelajuan dengan pemilihan penukaran manual anjakan. Harga XLT PLUS bermula dari RM130,388.

Seterusnya ialah Wildtrak, yang mana menurunkan 3.2 liter yang dilihat sebelum ini untuk facelift pertama. Wildtrak dilengkapi dengan dua pilihan. Yang pertama adalah 2.0L Wildtrak 4x2, dilengkapi dengan enjin 2.0L Si-Turbo yang disebutkan di atas. Harga untuk Wildtrak 4x2 bermula dari RM140,388.

Model utama kami dalam rangkaian Rangers adalah 2.0L Wildtrak 4x4, yang mendapat unit EcoBlue Bi-Turbo. Di sini, unit ini menawarkan 213 PS dan 500 Nm tork. Wildtrak kami kini dilengkapi dengan transmisi 10-kelajuan yang pertama dan hanya dalam kelas bagi trak pikap di pasaran semasa.

Untuk ciri keselamata­n tambahan, Ranger facelift 2018 membawa beberapa mainan baharu ke segmen trak - ia yang pertama dalam kelas untuk menawarkan amaran perlanggar­an ke hadapan (amaran boleh didengar, pracaj brek dan menyediaka­n bantuan brek), brek kecemasan autonomi (AEB mengesan pejalan kaki dan kenderaan di hadapan, akan brek secara automatik sekiranya tiada tindakan diambil), larian berlepas lorong (stereng bergetar, dengan bantuan lorong) dan kawalan pelayaran adaptif.

Juga unik untuk kelas ini adalahtemp­atletakker­etasepara automatik (imbasan untuk tempat, memandu sendiri), semua ini hanya terdapat pada 2.0L Wildtrak 4x4. Di tempat lain, Ranger juga dilengkapi dengan Tailgate Pengangkat Mudah, yang menggabung­kan bar kilasan untuk mengangkat dan menurunkan tailgate lebih mudah.

Pada pelancaran itu, SDAC mengumumka­n bahawa semua pelanggan Ford Ranger baharu yang mendaftark­an kenderaan mereka sebelum 31 Januari 2019 akan mendapat pakej penyelengg­araan percuma selama dua tahun atau 40,000km. Ia ditambah bahawa pembeli 888 yang pertama mendaftar Ranger mereka - sehingga 31 Disember - akan menerima baucar barangan elektrik yang bernilai RM1,000.

Di samping program menarik di atas yang ditawarkan oleh SDAC, Boston Auto Sdn Bhd juga menawarkan pendaftara­n terbuka Ahli Kad Loyalti Boston secara percuma untuk pelanggan Ford sedia ada untuk menikmati diskaun 10 peratus untuk perkhidmat­an kenderaan dan pembelian alat ganti dari pusat khidmat kami yang terletak di Lot 32 & 33, Sedco Industrial Estate, Batu 3, Sandakan atau hubungi kami di 089-202 031 untuk pertanyaan lanjut.

 ??  ?? VARIAN ranger terbaharu XLT+ (XLT PLUS).
VARIAN ranger terbaharu XLT+ (XLT PLUS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia