Utusan Borneo (Sabah)

MR.DIY terima Anugerah penjenamaa­n Sedunia 2018

-

LONDON: Sebanyak 270 jenama dari 33 negara yang dinamakan ‘Jenama Terbaik’ menerima Anugerah Penjenamaa­n Sedunia yang berprestij, satu pengiktira­fan jenama global pada satu majlis gilang-gemilang yang berlangsun­g di Kensington Palace State Apartments, barubaru ini

Beijing Tong Ren Tang, BMW, Cartier, Club Med, JinkoSolar, Johnnie Walker, Lego, L’Oréal, Louis Vuitton, Nescafé, Rolex, Samsung, Schwarzkop­f dan Yakult telah diumumkan sebagai pemenang global edisi anugerah kali ini.

Tahun ini MR.DIY muncul sebagai pemenang Kategori Peruncit – Penambahba­ikan Rumah di bawah peringkat negara bersama Perbankan – Maybank dan Air – Spritzer.

“MR.DIY amat berbesar hati dan bangga menerima anugerah Jenama Terbaik. Kami percaya pengiktira­fan ini akan menaikkan lagi reputasi dan keyakinan MR.DIY di seluruh dunia. Selain daripada itu, MR.DIY menyifatka­n kejayaan pada hari ini sebagai hasil dedikasi, sumbangan dan usaha gigih pihak pengurusan dan kakitangan barisan depan yang membentuk MR.DIY pada hari ini,” kata Ketua Pemasaran MR.DIY Andy Chin.

Pemenang peringkat negara dinilai secara unik oleh barisan pengadil menerusi tiga aliran iaitu penilaian jenama, penyelidik­an pasaran pengguna dan undian umum dalam talian. Tujuh puluh peratus proses permarkaha­n adalah daripada undi pengguna. Hanya satu pemenang dipilih dalam setiap kategori bagi setiap negara.

“Anugerah ini mengiktira­f pencapaian antara jenama terhebat di seluruh dunia. Kejayaan memenangi anugerah ini adalah satu pencapaian besar memandangk­an secara purata hanya terdapat enam pemenang di setiap negara,” kata Pengerusi Forum Penjenamaa­n Dunia Richard Rowles.

“Lebih 4,500 jenama dari 57 negara telah dicalonkan pada tahun ini, dengan 351 jenama dari 49 negara diisytihar­kan sebagai pemenang, 81 jenama dari 16 negara menerima anugerah di New York dan 270 pemenang dari 33 negara menerima anugerah di London.

“Bukan setiap negara menerima anugerah, kerana beberapane­garatidakm­enerima cukup undi untuk melayakkan mereka menerima anugerah,” kata Ketua Eksekutif Forum Peter Pek.

Anugerahya­ngkinimema­suki tahun kelima dianjurkan oleh Forum Penjenamaa­n Dunia, sebuah organisasi global tidak mencari untung yang berusaha menaikkan piawaian jenama. Organisasi ini menganjur dan menaja pelbagai program pendidikan.Iajugamene­rbitkan berita penjenamaa­n di laman sesawangny­a yang diikuti lebih 23.69 juta pengikut.

Majlispeny­ampaiananu­gerah telah diacarakan oleh David Croft dari Sky Sports. Untuk maklumat lanjut, sila ke awards. brandingfo­rum.org.

 ??  ?? RICHARD Rowles (kanan) menyerahka­n anugerah kepada Andy Chin yang mewakili MR.DIY.
RICHARD Rowles (kanan) menyerahka­n anugerah kepada Andy Chin yang mewakili MR.DIY.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia