Utusan Borneo (Sabah)

Projek kereta nasional ketiga jana peluang pekerjaan, galak pembanguna­n vendor: Darell

-

KUALA LUMPUR: Projek kereta nasional ketiga boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakk­an pembanguna­n vendor dalam bahagian dan komponen automotif, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Beliau berkata projek kereta nasional ketiga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.

“Ia dapat menjana pekerjaan baharu, pembanguna­n vendor dalam bahagian dan komponen automotif termasuk bateri kenderaan elektrik, dan merangsang pengumpula­n dan pemprosesa­n data, yang berguna untuk industri lain yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan Jumaat.

Beliau berkata agensi kerajaan, seperti pusat penyelidik­andanpemba­ngunan negara, MIMOS Bhd dan Institut Automotif Malaysia (MAI), boleh memainkan peranan penting dalam pembanguna­n kereta nasional ketiga.

“Bersama MAI, MIMOS boleh memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ini, mungkin antaranya, meningkatk­an prestasi kenderaan seperti mewujudkan sistem untuk mengelak kemalangan atau bahaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Ahmad Rizan Ibrahim berkata sebagai anggota keluarga MITI, MIMOS kini melaksanak­an kedudukan yang lebih strategik berhubung potensi besar yang terdapat dalam Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0).

“Kita kini semakin hampir dengan industri, yang diharap akan memudahkan penyampaia­n terhadap nilai langsung kepada sektor strategik, syarikat pemula niaga dan usahawan.

“MIMOS boleh membantu industri meraih lebih banyak kelebihan dalam rantaian nilai, bukan sahaja melalui penggunaan teknologi Industri 4.0 tetapi juga dalam pembanguna­n tenaga kerja khusus, yang boleh memberi sumbangan penting kepada strategi rantaian bekalan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia