Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Aeon sasar sejuta pemegang kad kesetiaan beralih kepada kad Aeon Member Plus Visa

-

SHAH ALAM: Kumpulan Aeon menyasarka­n sejuta pemegang kad kesetiaan rangkaian peruncitan­nya akan beralih kepada menggunaka­n aplikasi Aeon Wallet dan kad Aeon Member Plus Visa dalam tempoh setahun akan datang.

Pengarah Urusan Aeon Asia Sdn Bhd dan Aeon Co (M) Sdn Bhd, Shinobu Washizawa berkata sasaran itu berdasarka­n kedua-dua produk terbaharu syarikat itu yang menggunaka­n konsep pembayaran tanpa tunai dilihat mampu menarik perhatian pelanggann­ya yang menepati trend terkini.

Katanya setakat ini, sebanyak enam juta pemegang kad kesetiaan berdaftar di enam rangkaian peruncitan Aeon dan kesemuanya disasar akan beralih kepada menggunaka­n kedua-dua produk baharu itu dalam tempoh tiga tahun.

“Satu contoh untuk Aeon Member Plus Visa Card dan Aeon Wallet, keduaduany­a mempunyai teknologi pembayaran tanpa tunai yang terkini, selain aspek keselamata­n.

“Ia dibangunka­n dengan Visa untuk memastikan pelanggank­amibolehme­mbuat pembayaran tanpa perlu rasa bimbang. Kedua-dua produk itu selamat berikutan ia disepaduka­n dengan ciri-ciri keselamata­n terkini daripada Visa dan memastikan urus niaga lancar,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran produk tersebut di pusat belibelah Aeon Shah Alam, di sini, Jumaat.

Pelancaran produk terbaharu Kumpulan Aeon itu disempurna­kan oleh Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam pada itu, Saifuddin menggalakk­an lebih banyak rangkaian peruncitan dan peniaga menerima pakai inisiatif transaksi digital sedemikian pada masa akan datang yang selaras dengan perkembang­an pesat sektor itu.

Memuji langkah Kumpulan Aeon melancarka­n produk terbaharu itu, katanya pembayaran secara digital atau dompet elektronik mampu mempercepa­tkan proses pembayaran berbanding secara tradisiona­l dan dilihat lebih mudah, cepat, selamat dan lancar.

“Mod pembayaran baharu ini bergerak seiring dengan fenomena digitalisa­si yang telah menggerakk­an banyak industri,” katanya.

Kumpulan Aeon mula menawarkan kad Aeon Member Plus Visa dan aplikasi Aeon Wallet kepada pelanggann­ya sejak Ogos lepas. - Bernama

 ??  ?? KAD Visa Plus Debit diterima seorang pelanggan selepas mendaftar sebagai ahli Aeon pada majlis pelancaran rasmi Kad Visa Plus Ahli Aeon dan Aeon Wallet di Aeon Mall Shah Alam, Jumaat.
KAD Visa Plus Debit diterima seorang pelanggan selepas mendaftar sebagai ahli Aeon pada majlis pelancaran rasmi Kad Visa Plus Ahli Aeon dan Aeon Wallet di Aeon Mall Shah Alam, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia