Utusan Borneo (Sabah)

Toledo bakal berdepan tindakan perundanga­n sebelum tempoh Vizcarra berkuasa berakhir

-

LIMA: Presiden Martin Vizcarra berkata bekas ketua negara Peru, Alejandro Toledo, bakal berdepan tindakan perundanga­n di negara Inca itu sebelum tempoh beliau (Vizcarra) berkuasa berakhir pada 2021.

Beliau berkata pentadbira­nnya akan mengikuti dengan teliti proses ekstradisi menerusi badan keadilan negara serta Kementeria­n Hal Ehwal Luar.

Bagaimanap­un, ia bergantung kepada tempoh masa yang diberikan oleh Amerika Syarikat kerana Toledo dipercayai berada di negara Amerika Utara.

“Bekas Presiden Panama (Ricardo Martinelli) telah diekstradi­si dari Amerika Syarikat selepas tiga tahun. Kami inginkan perkara sama berlaku dalam tempoh lebih singkat. Sebelum saya mengakhiri tempoh jawatan saya, bekas Presiden Toledo akan berada di sini untuk diadili. Itu janji saya,” kata Vizcarra kepada Radio Santa Rosa.

Toledo didakwa melakukan jenayah menjaja pengaruh, bersubahat, sogokan pasif dan pengubahan wang haram.

Kuasa Kehakiman Peru telah mengeluark­an perintah tahanan 18 bulan sebelum perbicaraa­n terhadap beliau pada 2017 kerana didakwa menerima rasuah sebanyak AS$20 juta daripada gergasi pembinaan Brazil, Odebrecht.

Transaksi itu dibuat ketika Toledo menjadi Presiden Peru (2001-2006).

Peru telah mengemukak­an satu perintah ekstradisi bagi membolehka­n beliau berdepan sistem kehakiman negara Inca itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia