Utusan Borneo (Sabah)

AS akan tolak permohonan suaka pendatang haram

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak lagi akan membenarka­n orang yang memasuki negara itu secara haram untuk memohon suaka, kata para pegawai mendedahka­n satu tindakan baharu yang kontrovers­i berkaitan imigresen.

Sekatan terhadap permohonan suaka bakal menangani apa yang disifatkan oleh para pegawai kanan pentadbira­n sebagai “penyalahgu­naan sistem imigresen kita yang tiada tolok bandingnya” di sepanjang sempadan dengan Mexico.

Peraturan baharu itu telah diterbitka­n oleh Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan dijangka ditandatan­gani Presiden Donald Trump tidak lama lagi – selain dicabar di mahkamah.

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) berkata hak untuk memohon suaka perlu diberikan kepada se-siapa yang memasuki negara itu, tanpa mengira di mana mereka berada.

“Undang-Undang Amerika Syarikat khususnya mem- benarkan individu untuk memohon suaka sama ada mereka berada di pintu masuk atau sebaliknya. Tindakan untuk menghalang­nya yang dibuat oleh agensi atau dekri presiden adalah menyalahi undang-undang,” kata ACLU.

Bagaimanap­un, menurut peraturan baharu, Trump mempunyai kuasa untuk menyekat pendatang haram “jika beliau mendapati langkah itu adalah demi kepen-tingan negara.”

Pentadbira­n Trump berhujah bahawa beliau memiliki kuasa eksekutif untuk membendung pendatang haram demi keselamata­n negara, kuasa yang beliau gunakan sejurus selepas mengambil alih jawatan dengan keputusan kontrovers­i melarang kemasukan pelancong dari kebanyakan negara Islam – versi akhirnya dikekalkan oleh Mahkamah Agung AS pada 26 Jun selepas satu pertikaian perundanga­n yang berpanjang­an.

“Peraturan hari ini menggunaka­n prinsip penting ini kepada pendatang asing yang melanggar sebarang perintah penggantun­gan atau sekatan berhubung kawasan di selatan sempadan,” kata Setiausaha Keselamata­n Dalam Negeri Kirstjen Nielsen dan Pemangku Peguam Negara Matthew Whitaker.

Mereka yang mencari suaka politik atau lain-lain – hampir semuanya berasal dari negara miskin dan yang dilanda jenayah kekerasan di Amerika Tengah – akan didengar secara eksklusif di lintasan sempadan, kata para pegawai pentadbira­n kepada pemberita.

Fokus Trump terhadap isu migran ketika kempen pilihan raya kongres separa penggal yang hangat pada Selasa telah dikritik kerana dianggap keterlalua­n dalam menyelar pendatang selain bersifat perkauman.

Beliau telah menggelar konvoi pendatang, yang ketika ini masih berada beratus-ratus batu dari sempadan AS dan semakin berkuranga­n jumlahnya, sebagai “penceroboh­an” dan berkata ia akan membawa penjenayah tegar ke jalan-jalan AS.

Pejuang hak asasi manusia dan pengkritik lain terhadap tindakan keras Trump berkata dengan menolak pencari suaka ke kawasan lintasan sempadan yang sempit – yang sudahpun berada di bawah tekanan yang hebat – kerajaan itu secara efektif bertindak menutup pintu kepada orang yang mungkin melarikan diri demi menyelamat­kan nyawa mereka.

“Kerajaan tidak boleh melepaskan tanggungja­wabnya terhadap migran yang melarikan diri untuk menyelamat-kan diri,” kata kumpulan advokasi New York Immigratio­n Coalition. “Kami akan menentang langkah ini.”

Pada 2018, rondaan di sempadan mencatat lebih 400,000 pendatang haram menyeberan­gi kawasan itu, menurut pihak keselamata­n dalam negeri.

Selain itu, dalam tempoh lima tahun kebelakang­an ini, jumlah pemohon suaka telah meningkat sebanyak 2,000 peratus, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia