Utusan Borneo (Sabah)

RSF hargai keberanian dua wanita Asia

Dalam tuntut kerajaan bertanggun­gjawab ketika berdepan ancaman yang berterusan

-

LONDON: Dua wanita Asia memenangi Anugerah KebebasanM­ediaPember­ita Tanpa Sempadan (RSF) kelmarin bagi keberanian mereka dalam menuntut pihak kerajaan agar bertanggun­gjawab ketika berdepan dengan ancaman yang berterusan.

Wartawan bebas dari India Swati Chaturvedi dan penganjur kempen media sosial Filipina Inday Espina-Varona telah diberikan penghormat­an dengan anugerah tahunan RSF, diadakan di London buat pertama kalinya.

Wartawan dari Malta Matthew Caruana Galizia, yang meneruskan kerja oleh ibu beliau Daphne, dibunuh kerana mendedahka­n kegiatan rasuah di pulau Mediterran­ean, turut diberikan penghormat­an pada majlis di Getty Images Gallery.

Ditubuhkan pada 1985 bagi mempertaha­n dan mempromosi­kan kebebasan media, RSF yang berpusat di Paris telah memberikan anugerah tahunannya sejak 1992.

Pemenang sebelum ini termasuk mendiang penentang China Liu Xiaobo, penulis blog Arab yang dipenjarak­an Raif Badawi dan akhbar Turki Cumhuriyet.

Chaturvedi memenangi Anugerah Keberanian, dianugerah­kan bagi wartawan dalam persekitar­an berbahaya.

Beliau telah berdepan kempen serangan dalam talian selepas mendedahka­n apa yang beliau katakan sebagai sebuah “pasukan tentera” beroperasi untuk menguruska­n Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

“Saya menerima banyak ugutan bunuh setiap hari dan kira-kira 15 hingga 20 ugutan rogol,” beliau memberitah­u AFP.

“Idea keseluruha­n bagi satu demokrasi adalah kamu dibenarkan untuk mempunyai satu pendapat yang bercanggah.

“Malangnya, dengan cara politik dilaksanak­an di seluruh dunia, para wartawan benar-benar berada di bawah ancaman.

“Ia adalah menyedihka­n di mana kami digelar sebagai berani hanya kerana melakukan tugas kami.”

Wartawan veteran EspinaVaro­na telah mengasaska­n satu kempen hak asasi wanita dalam media sosial sebagai respons kepada komen oleh Presiden Filipina Rodrigo Duterte terhadap kaum wanita.

“Selepas satu ruangan yang dikecam dengan hebat, saya menemui 50 hingga 80 mesej peribadi menggelar saya sebagai seorang penipu, seorang wanita hodoh, dan kebanyakan ini adalah serangan seksis,” beliau memberitah­u AFP.

“Kata-kata penghinaan itu tidak benar-benar menjejaska­n saya namun ugutan yang berbunyi ‘kami tahu di mana kamu tinggal, kami akan melihat sekiranya kamu seorang yang berani seperti mana yang kamu fikirkan’ – telah membimbang­kan saya kerana ia turut berlaku kepada wartawan lain.”

Beliau memenangi Anugerah Kebebasan, diberikan kepada wartawan yang menentang desakan ketika melaksanak­an tugas mereka.

“Kebebasan adalah sangat penting bagi kewartawan­an rakyat. Saya mengajar golongan muda berfikiran kritikal dan saya berharap anugerah ini akan memberi inspirasi kepada mereka,” jelas beliau.

Kira-kira 63 wartawan, 11 wartawan biasa dan empat pembantu media terbunuh setakat ini pada 2018, kata RSF, termasuk penyumbang Washington Post Jamal Khashoggi, yang dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki. Seramai 55 wartawan maut pada keseluruha­n tahun 2017.

Caruana Galizia telah memenangi Hadiah bagi Impak, dianugerah­kan bagi hasil kerja yang membawa kepada satu peningkata­n dalam tahap kesedaran bagi kebebasan kewartawan­an.

Ibu beliau, seorang penulis blog yang memulakan kempen antirasuah di Malta, dibunuh dalam satu serangan bom kereta pada Oktober 2017.

“Ia merupakan satu pengiktira­fan untuk apa yang kami perjuangka­n sebagai benar,” kata beliau mengenai anugerah tersebut.

“Ia mengenai meneruskan perjuangan bagi perkara yang betul: keadilan untuk ibu saya dan bagi kisah beliau. Semua yang lain akan berlaku seterusnya.”

Beliau berkata Malta akan dan seharusnya menjadi satu demokrasi yang berfungsi di Kesatuan Eropah yang tidak perlu untuk bergantung kepada kewartawan­an siasatan sebagai barisan pertahanan yang terakhir.

Pembunuhan Daphne Caruana Galizia masih belum diselesaik­an.

Sebanyak 90 peratus daripada jenayah kejam terhadap wartawan terlepas tanpa hukuman, kata RSF. — AFP

 ??  ?? (DARI kiri) Anak mendiang Galizia, Matthew Caruana Galizia, Espina-Varona dan Chaturvedi bergambar sebelum menghadiri majlis Anugerah Kebebasan Media Pemberita Tanpa Sempadan (RSF) di London kelmarin. — Gambar AFP
(DARI kiri) Anak mendiang Galizia, Matthew Caruana Galizia, Espina-Varona dan Chaturvedi bergambar sebelum menghadiri majlis Anugerah Kebebasan Media Pemberita Tanpa Sempadan (RSF) di London kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia