Utusan Borneo (Sabah)

Bakat baharu perlu berkualiti, punya identiti sendiri

Bakat baharu perlu berkualiti, punya identiti sendiri

- - Artikel sumbangan Jabatan Penerangan

TIDAK sedar waktu beranjak mendekati tengah malam kerana leka menikmati hiburan yang berterusan dipersemba­hkan artis-artis lagenda pada Majlis Jalinan Mesra Penggiat Seni Sabah, Jumaat malam.

Ternyata idea Pengerusi Penganjur, Sadian Sadio terlaksana jua untuk menghimpun­kan seluruh penggiat seni di Sabah dalam satu majlis yang gah untuk julung kalinya.

Kehadiran 500 tetamu merangkumi artis lama dan baharu, datang bersama harapan yang besar agar industri seni di Sabah semakin gemilang dengan penyatuan yang termeterai pada malam itu.

Penyanyi yang juga anak jati Sabah, Azharina Azhar setuju agar penganjura­n seumpamany­a diadakan setiap tahun untuk memperkena­lkan artis-artis lama kepada artis-artis yang baharu.

“Tanpa yang lama, tidak mungkin akan ada yang baharu, mereka semua ini adalah perintis kepada industri seni di negeri Sabah tidak kira daripada cabang nyanyian, teater, tarian dan pelbagai lagi cabang seni yang lain.

“Sudah tentu sebagai orang seni dan anak jati negeri Sabah ini, saya hargai dengan penganjura­n malam ini, untuk kami berkenalan

dan berhimpun bersama. “Seperti saya, saya membesar dengan artis lama, pendedahan daripada allahyarha­m datuk saya, Datuk Hj M.Y. Ibrahim, jadi bila kita dapat peluang bertemu mereka yang memberi inspirasi kepada kita, sudah tentu saya rasa gembira,”ujarnya.

Menurut Azharina, kini dapat dilihat kebanyakan artis yang memonopoli dan memenangi pertanding­an nyanyian yang besar ataupun lakonan adalah daripada Sabah.

Berbeza dengan dirinya yang menceburka­n diri dalam industri seni pada 18 tahun lalu perlu menggunaka­n satu kuota yang ditetapkan mewakili Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Tapi sekarang sudah tiada kuota, dan situasi ini seharusnya dapat melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat baharu yang selalu diibaratka­n seperti cendawan yang tumbuh.

“Tetapi mencari yang berkualiti dan mempunyai identiti yang tersendiri itu memang susah, dan saya sendiri melihat ramai artis Sabah yang kurang keyakinan dan tidak dapat mencari identiti vokal sebenar tidak dapat bertahan dan terpaksa kembali ke Sabah.

“Pendapat saya, dalam industri seni ini, jangan memandang kepada satu perkara sahaja, contohnya penyanyi sekarang ramai tidak tahu ilmu tentang muzik, pada zaman saya dahulu kami perlu belajar mengenal nota, perlu belajar penampilan di pentas, perlu masuk ke kelas vokal dan saya sekarang pun masih belajar dalam kelas vokal,”luahnya.

Justeru, Azharina yang menerima Anugerah Miss Personalit­y pada malam itu berkata, untuk menjadi seorang penyanyi perlulah mempunyai pengetahua­n yang luas, dan setiap hari yang dilalui sebenarnya adalah satu proses pembelajar­an.

“Kebanyakan penyanyi sekarang walaupun bukan keseluruha­n, hanya mengejar faktor viral dan populariti, tapi harus faham, sebagaiman­a singkat tempoh anda naik, sesingkat itu juga anda akan jatuh.

“Saya harap pada masa hadapan kita akan dapat membesarka­n lagi industri seni di Sabah dan pada masa yang sama melahirkan lebih banyak artis-artis dan anak seni yang berkualiti dan mampu bertanding sehingga ke peringkat dunia, bukan sekadar sertai satu atau dua pertanding­an sahaja, tetapi konsisten bertahan dalam industri,”kata Azharina.

Majlis Malam Jalinan Mesra Reunion Penggiat Seni Negeri Sabah yang diadakan di Pacific Sutera disempurna­kan perasmiann­ya oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Assafal P. Alian.

Menurut Assafal, setiap pencapaian dan kejayaan dalam mana-mana cabang seni perlu diberi penghargaa­n sewajarnya.

“Ada baiknya supaya program dalam bentuk penyampaia­n Anugerah Seni Peringkat Negeri Sabah dipertimba­ngkan sebagai salah satu aktiviti pada masa akan datang.

“Ini adalah untuk menjadi wacana penghargaa­n dan pengiktira­fan ke atas pencapaian-pencapaian cemerlang dalam bidang karya seni oleh pengkarya seni.

“Aktiviti ini boleh meningkatk­an motivasi dalam kalangan para pengkarya seni menerusi persaingan yang sihat,”katanya.

Assafal turut menyatakan sokongan kepada programpro­gram berunsurka­n kesenian sebagai salah satu kaedah atau cara untuk mengangkat martabat seni di negeri ini.

“Jika tiada penggiat seni maka apakah kesenian yang dapat kita wariskan atau turunkan kepada generasi muda etnik kita?

“Kita sedia maklum bahawa banyak aspek seni pupus ditelan zaman dimamah usia kerana tidak ada atau kurangnya usaha untuk mempertaha­nkan seni itu, tentunya inilah cabaran bagi kita dan perlu ditangani dengan sebaik-baiknya,”kata Assafal.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KePKAS Mariam Omar, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) Ismaily Bongsu, Pengurus Besar LKNS William Baya, dan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah Suzaini Sabdin Ghani.

 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N puisi yang disampaika­n oleh Datu Ruslan Sulai.
PERSEMBAHA­N puisi yang disampaika­n oleh Datu Ruslan Sulai.
 ??  ?? (Gambar atas) AZHARINA
selepas menerima Anugerah Ms. Personalit­y.
(Gambar atas) AZHARINA selepas menerima Anugerah Ms. Personalit­y.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ASSAFAL menyampaik­an ucapannya di majlis itu. AMPAL menerima Anugerah Mr. Personalit­y.
ASSAFAL menyampaik­an ucapannya di majlis itu. AMPAL menerima Anugerah Mr. Personalit­y.
 ??  ?? PENERIMA Mr Most Fashionabl­e dan Ms Outstandin­g Appearance.
PENERIMA Mr Most Fashionabl­e dan Ms Outstandin­g Appearance.
 ??  ?? PENYERAHAN Bingkisan Suara Hati Penggiat Seni kepada Assafal (kiri) sambil disaksikan oleh Sadian(tengah).
PENYERAHAN Bingkisan Suara Hati Penggiat Seni kepada Assafal (kiri) sambil disaksikan oleh Sadian(tengah).
 ??  ?? SEGMEN tarian dan teater daripada penggiat seni era 70an hingga 90-an.
SEGMEN tarian dan teater daripada penggiat seni era 70an hingga 90-an.
 ??  ?? ISMAILY ketika menyampaik­an sajak dengan penuh perasaan.
ISMAILY ketika menyampaik­an sajak dengan penuh perasaan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N lagu tema ciptaan Asmin Mudin.
PERSEMBAHA­N lagu tema ciptaan Asmin Mudin.
 ??  ?? PELUKIS yang turut hadir pada malam tersebut.
PELUKIS yang turut hadir pada malam tersebut.
 ??  ?? SEGMEN Lagenda Gitaris 70-an.
SEGMEN Lagenda Gitaris 70-an.
 ??  ?? GIMIK pelancaran oleh Assafal.
GIMIK pelancaran oleh Assafal.
 ??  ?? ANTARA tetamu yang hadir.
ANTARA tetamu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia