Utusan Borneo (Sabah)

Pusat saringan momogram perlu diwujudkan di Lahad Datu

Pusat saringan momogram perlu diwujudkan di Lahad Datu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Daerah ini memerlukan­pusatkemud­ahan saringan momogram bagi memenuhi keperluann­ya di sini.

Pengerusi penganjur Seminar Kesedaran Bahaya Kanser Lendungan Adiman berkata kemudahan yang tidak ada disediakan atau ditawarkan itu dilihat satu keperluan mendesak yang relevan diwujudkan segera.

“Kaumwanita­didaerahLa­had Datu dan daerah kecil Tungku

“Kaum wanita di daerah Lahad Datu dan daerah kecil Tungku memerlukan kemudahan ini bagi dimanfaatk­an sebagai proses awal mengesan penyakit kanser payudara.

memerlukan kemudahan ini bagi dimanfaatk­an sebagai

LENDUNGAN ADIMAN Pengerusi penganjur Seminar Kesedaran Bahaya Kanser

proses awal mengesan penyakit kanser payudara.

“Sehingga kini, untuk mendapatka­n saringan momogram mereka perlu ke Tawau atau Sandakan kerana di sanalah kawasan paling dekat untuk mendapatka­n perkhidmat­an itu,” katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.

Sebagai langkah permulaan, Lindungan akan mengusul hal itu kepada pemimpin berkaitan keperluann­ya di daerah ini seterusnya ke peringkat kementeria­n agar dapat memastikan usaha perubahan itu dapat dinikmati semua.

AhliDewanU­ndanganNeg­eri (Adun) Lahad Datu Dumi Pg Masdal yang diwakili Pegawai Kemajuan Masyarakat­nya Salsagap Pg Masdal dalam teks ucapannya menggesa penglibata­n badan bukan kerajaan, persatuan-persatuan, syarikat swasta dan yang berkaitan dalam menggerakk­an usaha meningkatk­an kesedaran mencegah penyakit terutama kanser.

“Hal ini dapat direalisas­ikan melalui kerjasama dengan hospital untuk mencapai objektif aktiviti di kalangan golongan sasar di kawasankaw­asan luar bandar.

“Tentunya melalui usaha ini akan memberi manfaat yang berguna kerana kanser penyakit yang membawa maut sekiranya rawatan awal tidak dilakukan,” katanya.

Mengenai usaha untuk merealisas­ikan pusat saringan momogram, beliau menyambut baik dan menyokong usaha itu.

Seminar itu dijayakan dua penceramah, Dr. Ainur Iznita Abdullah yang memberi ceramah mengenai kenser pangkal rahim dan Dr. Nurul Adzimah Kamaruddin kanser payudara.

Turut hadir, Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu Dr. Amirul Hisham Zainol.

 ??  ?? SALSAGAP, Lendungan bersama sebahagian peserta seminar.
SALSAGAP, Lendungan bersama sebahagian peserta seminar.
 ??  ?? LENDUNGAN menyampaik­an cenderahat­i kepada Salsagap.
LENDUNGAN menyampaik­an cenderahat­i kepada Salsagap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia