Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Warisan Pendidikan Kent khazanah sejarah berharga

Khazanah sejarah berharga

-

MAKTAB Perguruan Kent memulakan pengajiann­ya pada 15 April 1952 dengan menumpang di Sekolah Perdaganga­n (Government Trade School) di Menggatal, kira-kira lapan batu dari Jesselton (kini Kota Kinabalu).

Kemudian berpindah ke bangunan baru yang baru siap di Tuaran dan dirasmikan oleh Her Royal Highness Princess Marina iaitu The Duchess of Kent, sepupu kepada Ratu Elizabeth II dari England pada 18 Oktober 1952.

Penubuhan ini bertujuan bagi menyediaka­n guru-guru terlatih peribumi sekolah rendah berkeperlu­an khas terutama sekolah kerajaan aliran Melayu.

Keperluan ini penting bagi menampung kekurangan guru-guru terlatih seperti dicadangka­n oleh Pengarah Pelajaran ketika itu, Major R.E Parry.

Cadangan beliau juga bertepatan dengan kehendak Pejabat Tanah Jajahan Inggeris bagi menyediaka­n taraf pendidikan anak-anak peribumi bagi sekolah rendah selama enam tahun dengan menggunaka­n Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara­an.

Pengambila­n guru-guru tidak terlatih dari sekolah Melayu dan pelajar diambil dengan mengikuti kursus dengan pelbagai kemudahan dan perbelanja­an yang dibekalkan oleh kerajaan.

Kursus yang dijalankan adalah seperti Kursus Peribumi, Kursus Cina dan Inggeris.

Sepanjang tahun 1960an hingga 1970-an, jumlah pelajar bertambah dari masa ke semasa, begitu juga dengan kursus, perbelanja­an, alat bantu mengajar dan banyak berlaku pada perubahan kurikulum yang sentiasa mengutamak­an kemahiran dan ilmu yang terbaik.

Begitu juga pelbagai perubahan dan dasar baru kursus dan kurikulum diperkenal­kan sehingga lewat 80-an dan 90-an.

Maktab Perguruan Kent meniti sejarah panjang dalam usaha memperkemb­angkan dan memartabat­kan institusi pendidikan kepada seluruh masyarakat sekaligus meletakkan maktab ini di persada institusi terunggul di Malaysia.

Maktab ini juga mencipta sejarah sebagai maktab tertua di Sabah dan keempat di Malaysia.

Dalam meniti usia yang begitu panjang, Maktab Perguruan Kent tidak terkecuali dalam mengalami perubahan demi perubahan yang melibatkan pelbagai dasar pemerintah, kandungan pelajaran, sosial, politik, ekonomi dan budaya masyarakat.

Ianya memberi impak tersendiri dalam meneruskan perjuangan memartabat­kan pendidikan bangsa, agama dan masyarakat.

Pada tahun 2005, maktab ini bersama 26 kampus lain di Malaysia dinaiktara­f kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menyediaka­n keperluan Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada semua pelajar yang berdaftar.

Namun IPG secara rasminya diumumkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu Dato’ Seri Hishamuddi­n Tun Hussein pada 16 Januari 2009 dan berkuatkua­sa seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, IPG Kampus Kent ini antara 27 IPG di seluruh Malaysia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia kesembilan (2006-2010) bertujuan bagi menyediaka­n pelbagai kemudahan dan infrastruk­tur fizikal maktab yang terbabit.

Maka, IPG Kampus Kent yang baharu dibina di atas tapak berkeluasa­n 93.52 ekar di Bakut, Tuaran kira-kira enam kilometer dari kampus lama. Sesi pengajian di kampus baharu ini dimulakan secara rasmi pada 22 Jun 2015.

Kini, usia Maktab Kent ini menjangkau 66 tahun telah memberi kesan yang mendalam terhadap semangat kesedaran, rasa bangga, syukur dan menghargai warisan yang sangat bernilai.

Justeru itu, usaha untuk memulihara dan menjaga bangunan-bangunan, peralatan dan artifak-artifak sebagai sebuah harga budaya dan nilai sejarah yang tinggi ini kini giat dijalankan daripada musnah dan hilang ditelan zaman. Perkara ini selaras dengan kerajaan negeri untuk memelihara bangunan berusia 50 tahun ke atas di bawah Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977 (Sabah No. 11 Tahun 1977) Pindaan No.2 Tahun 2006.

Maka, amat wajarlah pihak IPG Kampus Kent mengambil kesedaran dengan mewujudkan Pusat Warisan Pendidikan Kent, IPG Kampus Kent bagi menjadikan­nya sebagai pusat setempat untuk menarik minat minat penyelidik, penuntut, orang awam dan pelancong dalam dan luar negara. Selain itu, proses pendokumen­tasian seperti mengkatalo­g, mengekodka­n dan penyimpana­n datadata secara sistematik dan mudah akses dilakukan. Bahan-bahan ini termasukla­h sumber lisan, surat, dokumen penting, visual gambar dan catatan yang diperolehi.

Terdapat galeri-galeri sejarah yang diwujudkan bagi menempatka­n bahanbahan warisan lama seperti peralatan-peralatan lama iaitu mesin pemampat kertas, projektor, mesin jahit, perakam video dan kamera yang pernah digunakan pada zamannya.

Selain itu, beberapa galeri lain juga menyediaka­n gambar-gambar aktiviti dan pencapaian, keratar akhbar, majalah, piala anugerah, skroll dan sijil cukup mengimbau kembali peristiwa dan nostalgia lama yang telah dilalui oleh warga Maktab Perguruan Kent sejak 1952 hingga sekarang.

Ia menjadi sebahagian dari panduan berguna kepada generasi kini dan akan datang.

Usaha publisiti dan penyelidik­an juga sangat penting dilakukan seperti penerbitan dalam buku, majalah, laporan kajian, laporan dalam akhbar, jurnal, gambar, terbitan berkala, buletin dan bahan audio dan video.

Bahan seumpama ini menyorot mengenai sejarah perkembang­an fizikal, tenaga manusia, kurikulum dan ko kurikulum Maktab Kent serta latarbelak­ang pentadbira­n penjajah British.

Pada 18 Oktober lalu, Pusat Warisan Pendidikan Kent ini dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jennifer Lasimbang.

Beliau melawat dan melihat ke setiap galeri yang menempatka­n bahan-bahan sejarah serta menonton tayangan video sejarah Maktab Kent.

Beliau menzahirka­n rasa bangga terhadap usaha dan komitmen pihak IPG kampus Kent yang menyediaka­n Pusat Warisan Kent ini sebagai hab pendidikan terunggul yang merangsang kepesatan perkembang­an pendidikan di negeri ini.

“Penganjura­n ini berjaya mengangkat silang budaya dan kepelbagai­an bangsa bersatu dalam bidang pendidikan yang dapat berbakti kepada bangsa dan negara.

“Pusat ini boleh membuka peluang untuk pengkaji bagi menyelidik bahan sejarah, bahasa dan sumber kekayaan ilmu untuk diperluas dan diperkasa yang dapat memberi nilai tambah kepada ketamaduna­n dan sumbangan terhadap masyarakat serta negara,” katanya lagi.

Dalam menelusuri sejarah warisan yang sangat bernilai ini, segala kekuatan dan teras perjuangan Maktab Perguruan Kent dan IPG Kampus Kent yang kini merentas 66 tahun, menjadi citra kekuatan apresiasi rasa dan wadah perjuangan seluruh warga pendidikny­a.

Semangat dan kekuatan yang mendukungi­nya pada hari ini mampu memertabat­kan profesion perguruan dengan menjaga dan memelihara serta mengekalka­n warisan sejarah negara agar ‘Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas’. (Artikel oleh: Mohd Sawari Rahim dan Jais Abdul Hamid)

 ??  ??
 ??  ?? JENIFER merasmikan plak cenderamat­a Pusat Warisan Pendidikan Kent dengan jayanya.
JENIFER merasmikan plak cenderamat­a Pusat Warisan Pendidikan Kent dengan jayanya.
 ??  ?? PENGARAH menerangka­n sesuatu kepada Jenifer ketika meninjau model Maktab Perguruan Kent.
PENGARAH menerangka­n sesuatu kepada Jenifer ketika meninjau model Maktab Perguruan Kent.
 ??  ?? JENIFER bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent melawat bahanbahan pameran di Galeri Sejarah.
JENIFER bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent melawat bahanbahan pameran di Galeri Sejarah.
 ??  ?? KAMERA pertama dan stapler yang digunakan era tahun 50-an.
KAMERA pertama dan stapler yang digunakan era tahun 50-an.
 ??  ?? MODEL Maktab Perguruan kini yang sebahagian­nya masih mengekalka­n bangunan-bangunan lama.
MODEL Maktab Perguruan kini yang sebahagian­nya masih mengekalka­n bangunan-bangunan lama.
 ??  ?? SAMBUTAN menggalakk­an dari guru-guru dan pelajar yang melawat pameran dan sambutan perasmian itu.
SAMBUTAN menggalakk­an dari guru-guru dan pelajar yang melawat pameran dan sambutan perasmian itu.
 ??  ?? JENIFER bergambar kenangan dengan pensyarah dan pelajar Bahasa Kadazandus­un.
JENIFER bergambar kenangan dengan pensyarah dan pelajar Bahasa Kadazandus­un.
 ??  ?? MESIN tayangan slide dikenali sebagai Epivisor Slide Opaque Projektor.
MESIN tayangan slide dikenali sebagai Epivisor Slide Opaque Projektor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia