Utusan Borneo (Sabah)

Lapor KKR jika jalan raya tidak dibaiki

-

LAWAS: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menggesa pengguna Lebuhraya Pan Borneo Sarawak membuat laporan rasmi kepada KKR berhubung keadaan jalan raya yang rosak jika tiada tindakan dilakukan kontraktor.

Menterinya, Baru Bian berkata beliau telah mengarahka­n Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd, rakan penyampai projek bagi negeri Sarawak, agar memastikan tiada pelanggara­n peraturan keselamata­n semasa menjalanka­n projek naik taraf Lebuhraya Pan Borneo termasuk memasang papan tanda trafik dan membaiki jalan berlubang.

“Sila buat laporan terus kepada saya melalui laman web saya, jika tiada tindakan dilakukan dan tindakan harus dibuat dalam tempoh 24 jam,” katanya kepada pemberita selepas melaksanak­an undian e-voting di cabang Lawas PKR di Stadium Tertutup Lawas di sini pada Sabtu.

Selain itu, Baru mahu pengguna jalan raya membuat laporan secara spesifik dengan menyertaka­n gambar, lokasi sebenar dan nama kontraktor yang terlibat di laluan tertentu sepanjang lebuh raya itu.

Untuk rekod, pengguna jalan raya boleh membuat laporan di laman web rasmi KKR di www.kkr.gov.my.

Berhubung aduan yang semakin banyak diterima mengenai kerosakan jalan raya yang teruk dari Sibu ke Bintulu terutama di kawasan Selangau-Tatau susulan pembinaan lebuh raya itu, Baru berkata KKR sedia maklum mengenai masalah tersebut dan menggesa pengguna membuat laporan rasmi kepada kontraktor rakan penyampai projek terlebih dahulu.

“Saya antara sebahagian delegasi jelajah Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Telok Melano ke Miri baru-baru ini dan saya pergi ke Selangau, saya tidak lihat jalan berlubang, semuanya okay, mungkin (kontraktor) tahu menteri datang,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib (kanan).
SHAFIE (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia