PPM tahan 19 individu seludup 13,400 liter minyak diesel

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan dua bot pancung dinaiki 17 awakawak selepas didapati menyeludup keluar 13,400 liter minyak diesel pada Jumaat.

Pemangku Komander PPM Wilayah 4 Sabah Superintendan Abd Nasir Othman berkata kesemua suspek ditahan di kawasan laut Pulau Sapi di sini dalam satu operasi yang dijalankan bersama agensi penguatkuasa lain.

Tambahnya kejayaan ini juga adalah berdasarkan maklumat risikan yang dijalankan Unit Risik Marin (URM) di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap dua bot pancung yang ditahan menemukan sembilan tangki serta

22 tong minyak yang memuatkan 13,400 liter diesel.

“Juragan bagi kedua-dua bot juga gagal menunjukkan lesen serta surat pelepasan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya.

Menurutnya kesemua barangan rampasan yang dianggarkan bernilai RM29,212 dan suspek termasuk juragan dibawa ke Markas Operasi PPM di sini untuk disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

SEBAHAGIAN dari tong minyak yang ditemukan di dalam bot pancung di kawasan Pulau Sapi di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.