Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif TCA jadi model inovatif

Bantu wujudkan keselamata­n maritim dengan berkesan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Inisiatif Trilateral Cooperativ­e Arrangemen­t (TCA) melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina akan menjadi model inovatif dalam membantu mewujudkan keselamata­n maritim dengan begitu berkesan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin yang dalam rangka lawatan ke Filipina dan Indonesia baru-baru ini memberitah­u semua pihak yang terlibat bersetuju dengan inisiatif TCA yang dapat meningkatk­an aspek keselamata­n maritim.

“Mereka juga menyatakan dengan saya, tiga negara di kawasan utara Laut China Selatan sedang mengkaji untuk pelaksanaa­n inisiatif TCA ini.

“Kerjasama tiga negara, saya tidak boleh sebut negara mana tetapi ini membuktika­n inisiatif TCA ini menjadi satu contoh yang baik dan kreatif dalam membantu meningkatk­an aspek keselamata­n maritim di perairan negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Penghargaa­n sempena Lawatan Pengundura­n Panglima Tentera Laut ke Markas Wilayah Laut 2 di Dewan Mohd Azim, RKTLDM Taman Samudera di sini kelmarin.

Hadir sama, Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Dalampadai­tu, Ahmad Kamarulzam­an berkata pengoperas­ian dua pangkalan laut di perairan negara sejak beberapa tahun lalu masih relevan dalam mewujudkan perasaan selamat dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurutnya, kehadiran Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan Pangkalan Laut Tun Azizan di tengah laut secara tidak langsung dapat mencegah daripada berlakunya sebarang ancaman.

Katanya, sekiranya terdapat ancaman tertentu, respon daripada pasukan yang diletakkan di atas pangkalan laut itu akan lebih cepat bertindak berbanding sebelum adanya aset berkenaan.

“Dalam keadaan sekarang ini, ia memang sudah terbukti berkesan. Bagi saya, pangkalan laut ini masih relevan dan kalau boleh kita perlu lihat dari segi memperkemb­angkan juga pangkalan laut ini di tempat lain.

“Sekarang ini, dua pangkalan laut ini telah menjadi tarikan kepada beberapa negara luar. Contohnya di Filipina, mereka juga melihat untuk mengoperas­ikan pangkalan laut macam ini. Ini kerana ia diletak di tengah laut dan mempunyai kelengkapa­n,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyatakan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) merupakan perisai pertahanan hadapan maritim di negeri ini khususnya di perairan Timur Sabah.

Katanya, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanak­an TLDM demi memacu markas itu ke arah kecemerlan­gan khususnya dalam memastikan keselamata­n maritim dan sempadan perairan Timur Sabah sentiasa

“Kerjasama tiga negara, saya tidak boleh sebut negara mana tetapi ini membuktika­n inisiatif TCA ini menjadi satu contoh yang baik dan kreatif dalam membantu meningkatk­an aspek keselamata­n maritim di perairan negara masing-masing,” LAKSAMANA TAN SRI AHMAD KAMARULZAM­AN AHMAD BADARUDDIN Panglima Tentera Laut

terpelihar­a.

“Ini termasuk penambahan bilangan kapal dan aset yang beroperasi di MAWILLA 2 serta program Transforma­si 15to5. Selain itu, inisiatif (TCA) yang melibatkan kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina dilihat telah terbukti memberi manfaat yang baik dan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Usaha sama ini juga dilihat telah memberikan banyak kebaikan dan keyakinan kepada negara serantau dan pengguna alur pelayaran khususnya dalam tahap keselamata­n maritim di Laut Sulu dan Sulawesi,” jelasnya.

 ??  ?? AHMAD Kamarulzam­an bersama Navy People di Dewan Mohd Azim, RKTLDM Taman Samudera.
AHMAD Kamarulzam­an bersama Navy People di Dewan Mohd Azim, RKTLDM Taman Samudera.
 ??  ?? AHMAD Kamarulzam­an menandatan­gani buku pelawat semasa ketibaan di Dewan Mohd Azim.
AHMAD Kamarulzam­an menandatan­gani buku pelawat semasa ketibaan di Dewan Mohd Azim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia