Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Pengajian Akbar 4.0 di Kota Kinabalu dan Kundasang

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pembanguna­n Pendidikan Islam Sabah (PISA) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sabah, Masjid Daerah Kundasang dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas akan menganjurk­an Majlis Pengajian Akbar 4.0 pada 29 November sehingga 2 Disember 2018 bertempat di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang.

Majlis pengajian yang diadakan kali keempat ini akan dihadiri oleh tokoh ilmuan Islam Nusantara Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki.

Ilmuan yang berasal dari Banjarmasi­n, Kalimantan ini begitu sinonim menabur ilmu mengajar kitab turath Islami kepada masyarakat di negeri Sabah dan seluruh kepulauan Borneo.

Seperti pengajian sebelum ini yang mengupas mengenai kitab Imam Al-Ghazali iaitu kitab Bidayatul Hidayah.

Pada kali ini, majlis pengajian akbar juga akan memfokuska­n mengupas kitab lain yang masyhur iaitu kitab Ayyuhal Walad juga hasil karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.

Aktiviti dijadualka­n akan bermula pada 29 November (Khamis) dengan Majlis Tahlil Perdana dan sambutan Maulidurra­sul di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, majlis perasmian pengajian akbar pada 30 November (Jumaat) di Tabung Haji Hotel Sembulan, dan sambungan majlis pengajian di Masjid Jamek Kundasang dan madrasah Nurul Yasin Kundasang pada 1 - 2 Disember (Sabtu-Ahad).

Turut dijangka bersama di dalam majlis perasmian pengajian nanti ialah Pembantu Menteri Undang-Undang dan Anak Negeri Datuk Hj Uda Sulai, YDP MUIS DSP Hj Hasbullah Hj Mohd Taha, Timbalan Mufti Negeri Sabah Ustaz Haji Hamdani Omar dan beberapa orang kenamaan lain.

Umat Islam di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang dijemput hadir beramairam­ai untuk mengimarah­kan lagi majlis pengajian ilmu ini.

Pihak pengelola Sekretaria­t Majlis Daurah Ulama di bawah PISA turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk menjayakan majlis berkenaan.

Keterangan lanjut boleh menghubung­i talian 013 850 4668 atau 016 810 2970 (urus setia).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia